Ciri-Ciri Calon Suami Pilihan - Edisi Kewangan.

 

Apabila mencari calon suami ini, ramai wanita akan memilih rupa paras terlebih dahulu kemudian barulah wang ringgit dan seterusnya adalah sifat serta kelakuan. Tapi itu sudah tidak sesuai untuk digunakan pada zaman ini. Hal ini kerana, kewangan akan berada di tempat pertama dan perkara yang lain akan berada di tempat seterusnya.

Kewangan dikatakan mampu memberikan satu kehidupan yang selesa malah ia juga mampu menjadikan satu hubungan itu bahagia atau sebaliknya. Bahkan kewangan juga akan menjadi punca penceraian. Sebab itulah ramai yang memilih kewangan dahulu.

Tapi cukup ke sekadar kewangan semata-mata? Saudara Amir Syahir berkongsi pendapat akan ciri-ciri calon suami pilihan yang sepatutnya wanita perlu pandang selain kewangan sahaja. Berikut adalah calon suami pilihan yang sepatutnya anda cari dan pilih.



Calon Suami Pilihan

*********************

Edisi: Pengurusan Kewangan

Masalah kewangan boleh menjadi salah satu punca keretakan dalam rumah tangga. Jadi, sebagai ketua keluarga mesti ada sedikit sebanyak ilmu tentang kewangan. Bukannya suruh baca pasal kewangan siang malam pun, cukuplah ada ilmu asas untuk membimbing kewangan keluarga nanti.

Pada yang masih mencari-cari jodoh tu, 10 perkara ini boleh dijadikan panduan untuk meyakinkan hati bahawa si dia lah paling ideal untuk korang. Tapi kau jangan pilih suami orang udah ler ye.

***

Antaranya;

1. Yang paling penting si dia beragama. Rukun Islam dan rukun iman dijaga erat. Batas pergaulan kau dengan dia, dia jaga. Si dia tak ambil kesempatan pada kau. Kau juga carilah pasangan yang ada ilmu pengurusan kewangan yang baik.

2. Si dia yang tak minat modified kereta. Si dia tahu kereta sudah direka berdasarkan kejuruteraan automotif yang paling padu. Tak perlu modified. Tak perlu pasang spoiler. Tak selalu beli aksesori kereta setiap kali gaji.

3. Si dia ada kesihatan kewangan yang baik. Tak kaya tak apa. Janji bijak menguruskan gaji dan kewangan. Tak terlalu nak beli barang yang berjenama saja. Telefon tak selalu upgrade. Kasut tak beli sampai ada 10 pasang, dia tahu dia manusia bukannya seekor lipan yang ada kaki banyak.

4. Si dia tidak meminjam wang daripada kau. Baru tiga bulan kapel, terus nak pinjam duit. Mak angkat sakit lah, anak sedara belah sepupu jiran masuk hospital lah. Macam-macam alasan.

5. Si dia tak paksa kau supaya asyik belanja dia. Kau pun jangan asyik dia je nak belanja. Macam mana dia nak simpan duit buat majlis kahwin nanti. Nak senang jangan selalu lepak kedai hipster atau kedai makan mahal-mahal. Kalau bakal suami kau gaji lima angka lain lah.



6. Si dia tak ada hutang menggunung. Tiap kali dating mesti runsing fikir nak bayar hutang. Daripada hutang PTPTN, hutang kad kredit, hutang Courts, hutang kawan, hutang peribadi, semua hutang tok nenek si dia ada. Hidup tak tenang duk fikir pasal hutang.

7. Si dia tak janji beli itu ini selepas kahwin. Masa bahagia semua nak janji manis. Tapi usaha ke arah itu yilek. Janji nak beli rumah ada kolam renang. Tapi langsung tak baca cara nak beli rumah. Nak menyimpan 10% daripada gaji lagi la haremmm.

8. Si dia ada matlamat kewangan yang jelas. Ada perancangan masa depan yang bagus. Ada matlamat kewangan setiap 3, 5 dan 10 tahun.

9. Si dia sudah ada matlamat nak beli rumah pertama. Tabung deposit rumah sudah mula dibuka. Tidak kiralah rumah yang berharga berapa. Janji ada usaha.

10. Si dia tak memuja kereta Honda City sebaliknya lebih berminat dengan aset hartanah dan wang simpanan. Pakai kereta biasa-biasa sahaja.

***

Ni antara panduan je. Kalau kau rasa sesuai, ikut. Kalau tak, pandai-pandai kau lah ye.

Kalau calon suami kau perangai macam ni bagus lah. Kalau sebaiknya cepat-cepat kau tag dia. Karang bercinta sampai lima tahun nak simpan duit buat belanja kahwin pun susah. Akhirnya buat keputusan ambil pembiayaan peribadi untuk buat belanja kahwin.

Kau jangan harap suami je ada ilmu kewangan. Kau pun kena ada juga. Belajar sedikit sebanyak. Lagi sweet kalau kau sama-sama belajar dengan bakal suami kau tu. Kah!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen