Me-Time Bukan Tanda Isteri Tak Sayang Anak Dan Suami, Tapi Elak Tekanan.

 

Me-time adalah sangat penting bagi kesihatan seorang ibu mahupun isteri selepas bertungkus lumus menguruskan rumah tangganya selama seminggu. Namun begitu, ada pihak yang tidak dapat memahami kepentingan me-time ini dengan baik sehinggakan sanggup beranggapan bahawa ibu atau isteri yang inginkan me-time ini tidak menyayangi anak dan suami mereka.

Sedangkan me-time ini ialah masa khas untuk ibu-ibu melepaskan tugas dan bebannya sebentar. Ada yang mengambil peluang ini untuk keluar bersama rakan-rakannya, dating berdua bersama pasangan ataupun ingin beristirehat di rumah sahaja. Itu semua bergantung bagaimana me-time yang diingini oleh mereka.

Pada waktu me-time ini adalah masa untuk ibu-ibu dapatkan kembali tenaga mereka, bahkan ingin memikirkan tentang diri mereka sendiri. Apa yang pentingnya ialah, me-time ini dapat membantu ibu-ibu mengelakkan tekanan perasaan dan emosinya.

Berikutan itu, Puan Intan Jaliah memberikan pandangan akan reaksi sesetengah kaum ibu yang memperlekehkan ibu-ibu yang memerlukan me-time ini selepas mereka berpenat lelah menguruskan rumah tangga.

Menurutnya, lain ibu lain caranya untuk recharge diri. Jangan hanya kerana diri sendiri tidak boleh berjauhan dengan anak, kita menghakimi ibu-ibu yang perlukan masa sendiri tanpa anda-anak.

Ini perkongsian beliau.



Me-time - Is that too much to ask for?

Just because you don't need 'me-time' doesn't mean other mothers don't need it too.

Lain anak, lain ragam.
Lain ibu, lain keperluan.
Lain orang, lain cara untuk mereka 'recharge' diri mereka.


Bukan pentingkan diri.

Ibu yang minta 'me time' itu bukanlah bermaksud mereka pentingkan diri.

Ibu yang perlukan 'me time' itu bukanlah bermaksud mereka tidak sabar.

Ibu yang perlukan 'me time' itu bukanlah bermaksud mereka tak sayangkan suami dan anak-anak mereka.

Jangan buat andaian sendiri.

Hanya kerana kita tak boleh langsung berpisah dengan anak, janganlah hakimi ibu lain yang perlukan masa sendiri tanpa anak-anak.

Dengan keadaan betapa ramai nya ibu yang depresi dari hari ke hari, sungguh saya rasa posting tentang 'tak perlunya me time' tu teramatlah tak perlu.

Diperlukan untuk elak tekanan.

Jika seorang ibu itu nampak begitu penat, kurang terurus, mudah lupa dan cepat marah-marah dengan anak, ketahuilah dia sedang diambang depresi. Dia perlukan rehat yang cukup untuk dia bertenaga kembali untuk dirinya, untuk suami dan anak-anak. Kerana dia amat sayangkan keluargalah, dia minta Me Time itu untuk dia re-charge.

Trust me, some of us need occasional 'me time' just to stay sane.

Let's try to be understanding rather than being judgmental, okay!

p/s: Sesekali minta me time, tidaklah ku rasakan keterlaluan.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,375 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen