Tak Tahu Masak? Jadilah Anak Menantu Yang Rajin Menolong Di Dapur Dengan 8 Tips Ini.

 

Ada sahaja golongan wanita yang tidak tahu masak. Namun, sekiranya tidak tahu masak tetapi malas pasti ibu mertua sukar untuk menjadikan anda sebagai anak menantu favorite. Malah, bakal disisihkan kerana tidak mahu menjenguk ke dapur, apatah lagi membantu.

Tidak kisah jika anda tak tahu memasak, akan tetapi sentiasalah rajin ke dapur dan menolong ibu atau ibu mertua anda supaya tahu kemahiran memasak. Jadi, bagaimana untuk menolong diri anda sendiri untuk rajin ke dapur? Jom lihat 8 tips ini…

1. Disiplinkan diri untuk memasak.

Tak tahu masak tak apa, tapi jika anda rajin lakukannnya setiap hari biarpun hidangan yang dimasak itu tidak sesedap masakan ibu kamu, percayalah sampai satu tahap nanti hidangan anda itu akan rasa seperti air tangan seorang chef bertaraf antarabangsa!

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”

Berapa lama hendak mengempukan daging dalam kari? Berapa sudu garam yang diperlukan dalam sesebuah masakan sebagai perasa? Berapa lama perlu menunggu minyak untuk panas sebelum menggoreng ayam dan sebagainya, semua itu anda akan belajar dan ketahui sendiri jika anda selalu berlatih.

2. Gunakan Rempah Ratus dan Herba.

Tahukah anda mengapa masakan Asia adalah antara hidangan yang paling digemari dunia? Kerana masakan kita banyak memanfaatkan penggunaan rempah ratus. Ada rasa, ada aroma, semuanya cukup bagi menghasilkan pakej makanan sempurna!

Halba, Biji Sawi, Jintan Manis dan Putih, Bunga Lawang, Kayu Manis, Kari, Buah Keras, Buah Pelaga, Lada Hitam, Ketumbar dan Bunga Cengkih adalah antara rempah yang lazim digunakan dalam masakan Melayu dan India manakala tumbuhan herba seperti Daun Pudina (mint), Daun Ketumbar, Rosemary, Chives, Arugula, Daun Selasih (basil), Daun Bawang, Sage dan Oregano adalah sebahagian yang laizm digunakan dalam masakan-masakan Barat.

3. Hargai Rasa Asid.

Asid yang dimaksudkan adalah berupa rasa masam yang dihasilkan perahan jus limau kasturi, lemon, penggunaan asam keping dan cuka bagi mempelbagaikan rasa keenakan masakan.

4. Belajar Resepi Baru.

Jika anda pakar dalam penyediaan masakan Melayu, apa kata lari sedikit dari kemahiran anda untuk menguasai mungkin masakan Cina yang banyak menggunakan halia atau masakan Itali yang banyak memanfaatkan tumbuhan herba.

Selain hidangan sepinggan lengkap seperti Nasi Goreng, anda juga boleh memperluas ilmu masakan untuk menyediakan menu pencuci mulut. Jika bosan dan kurang faham belajar resepi daripada buku, tonton banyak rancangan memasak pula.

5. Bersihkan Ikan, Udang dan Ayam Sehingga Hilang Hanyir.

Sumber makanan yang hidup seperti makanan laut atau ayam biasanya akan meninggalkan bau hanyir jika tidak dicuci dengan bersih selepas disiang.

Untuk elak mereka yang memakan masakan anda itu muntah kerana loya dek terhidu bau hanyir tersebut, ada baiknya anda mencuci ayam dengan tepung serta membersihkan ikan dan udang menggunakan limau kasturi/purut atau lemon. Tahi belakang badan udang tu pun buang bersih-bersih tau? Untuk ayam pula, periksa kalau-kalau bulu masih melekat pada kulitnya.

6. Lengkapkan Kabinet Dapur Dengan Keperluan.

Kita orang Melayu ni memang suka sediakan bahan di saat-saat akhir, Hari ni nak masak, hari ni lah baru shopping bahan. Tukarlah cara hidup untuk memenuhkan kabinet dapur dengan segala macam herba, rempah-ratus dan bahan-bahan masakan lain. Jadi tak adalah kelam-kabut nanti kan?

7. Guna Perkakas Dapur Berkualiti.

Jika anda boleh pakai baju berjenama, membeli kosmetik yang menjangkau ratusan ringgit sebulan, cubalah laburkan sedikit wang untuk membeli perkakas dapur yang berkualiti. Jadi tidaklah masakan yang dimasak itu cepat hangit atau kuali yang tidak bagus hanya akan meninggalkan kesan karat yang kemudiannya membuatkan rasa makanan anda seolah tercemar.

Pisau pun, pastikan sentiasa tajam. Takut tekstur makanan jadi rosak bila dipotong dengan pisau tumpul.

8. Pastikan Dapur dan Perkakas Bersih Tersusun.

Ini adalah penting supaya makanan yang disedikan juga bersih dan bebas daripada kotoran seperti habuk mahupun bekas-bekas sampah yang tercampak masuk dalam masakan. Dalam masa yang sama, dapur yang tersusun akan memudahkan anda untuk mencari barang kemudian. Jimat masa dan tidaklah stress! Baru semangat sikit rasa nak masak, kan?

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen