Nak Rumah Tangga Lebih Bahagia? Ikut Ini.

 

Mengimpikan rumah tangga yang bahagia sering kali menjadi angan-angan buat kita yang telah berumah tangga ini. Tapi jika ia hanya sekadar angan-angan tanpa kita ubah apa-apa yang kita lakukan itu, sampai bila pun perkara yang kita angan itu tidak akan berubah. Oleh sebab itu, semua perkara yang kita inginkan itu perlu bermula dengan diri kita dahulu.

Rumah tangga itu tidak akan bahagia jika anda dan pasangan tidak memulakan langkah untuk bahagia. Berhenti lakukan perkara yang boleh menyakiti pasangan, bahkan minta pasangan untuk berhenti lakukan perkara yang menyakiti anda.

Jangan terlalu simpan hingga ia melukakan hati anda, lalu menyebabkan hilang rasa sayang terhadap pasangan. Jadi jika anda inginkan rumah tangga yang bahagia, ikuti tips yang dikongsikan oleh saudara Akhtar Syamir ini. Semoga ia membuka mata anda untuk memperbetulkan kesilapan yang telah dilakukan oleh dalam perkahwinan anda.



Nak rumah tangga lebih bahagia? Sila baca.

1. Jagalah hati pasangan. Janganlah terlalu memuji orang lain terutamanya orang yang terdekat. Memuji itu tidak salah. Tetapi janganlah berlebihan. Pasangan anda, walaupun luarannya nampak seperti tiada apa - apa, mereka tetap akan terasa seperti dibanding - bandingkan.

2. Jangan memalukan pasangan depan orang lain. Ramai yang tidak sedar akan perkara ini. Jika mahu menegur pasangan, sila lakukan apabila tiada orang lain. Jika ada perselisihan faham, selesaikannya di belakang orang lain. Aib pasangan perlu anda jaga. Tiada yang lebih malu daripada dimarahi pasangan di hadapan orang lain.

3. Jangan meninggi suara dengan pasangan. Walau dalam apa juga situasi, kawal nada suara anda. Menjerit dan meninggi suara menunjukkan anda tidak menghormati pasangan anda. Apa yang nak disampaikan pasti lebih mudah diterima semasa dalam keadaan tenang.

4. Jika harus mengkritik, lakukan dengan berhati - hati. Seimbangkan antara apa yang bagus dan apa yang perlu diperbaiki. Bukan mudah untuk seseorang menerima kritikan terutamanya dari orang yang tersayang. Kita sering beranggapan apa yang kita sudah buat untuk pasangan adalah yang terbaik. Jadi, apabila menerima kritikan mereka, kita akan mudah terasa hati.

5. Jangan sesekali menipu pasangan anda. Kepercayaan adalah satu perkara yang paling susah untuk dibina. Jangan sesekali hancurkan. Sekali tertipu, amat susah untuk pasangan mempercayai anda semula. Berterus - teranglah. Pasangan hidup anda adalah orang yang paling rapat.


6. Hormati keluarga pasangan anda. Jika ada komen atau pandangan mengenai mereka, pastikan pasangan anda juga mempunyai pandangan yang sama ataupun biar pasangan anda yang mulakan dahulu. Perlu ingat yang mereka adalah darah daging pasangan anda. Jika tiada dari pihak pasangan, ada baiknya diam dahulu.

7. Sentiasa utamakan pasangan dari orang lain. Tiada orang lain yang lebih rapat dengan kita dari pasangan kita. Tiada orang lain yang rela berkorban untuk kita. Jadikanlah pasangan kita keutamaan yang tertinggi.

8. Tolak ansur. Kita sebagai manusia tidak lekang dari kekurangan dan kelebihan. Pasangan harus saling melengkapi dan menghormati. Apa yang kurang, kita tambah dengan kelebihan pasangan kita.

9. Kepentingan menyentuh pasangan seringkali dipandang ringan. Tidak kiralah sentuhan dari pegangan tangan atau pelukan, ianya pasti akan memberi kesan yang baik. Tidak perlu tunggu masa bersama untuk membelai pasangan anda.

10. Jaga penampilan pasangan. Ini ada kaitan dengan aib juga. Perlu sentiasa pastikan pasangan dalam keadaan yang terurus. Jangan terlalu fokus pada diri sendiri sehingga keadaan pasangan diabaikan. Biarlah ianya seiring.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat menambah baik kemanisan hidup anda bersama pasangan. Mulalah dari sekarang. Hargailah pasangan anda, nescaya anda juga akan dihargai.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,194 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen