Doa Menaiki Kenderaan, Jom Amalkan.

 

Nampak mudah tapi sering kali dilupakan atau terlupa untuk membacanya. Setiap perbuatan yang akan dilakukan terutama menaiki kenderaan, adalah lebih baik jika kita sebagai hamba memohon perlindungan daripada Allah swt. Hal ini kerana, kita berharap bahawa sepanjang perjalanan kita akan sentiasa dilindungi olehNya.



Doa Menaiki Kenderaan.

بِسْمِ اللهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ – سُبْحَانَ الَّذِيْ سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِيْنَ. وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُوْنَ – الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، الْحَمْدُ لِلَّهِ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ فَاغْفِرْ لِيْ، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

Maksudnya, “Dengan nama Allah, segala puji bagi Allah, Maha Suci Tuhan yang memudahkan ini (kenderaan) untuk kami, padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya. Dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami (di hari Kiamat).

Segala puji bagi Allah (3x), Allah Maha Besar (3x), Maha Suci Engkau, ya Allah! Sesungguhnya aku menganiaya diriku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau.” (HR Abu Daud: 3/34, At-Tirmizi: 5/501, dan lihat Sahih At- Tirmidzi: 3/156)

                               

Adab Menaiki Kenderaan.


Selain membaca doa menaiki kenderaan, terdapat juga adab-adab lain yang boleh kita amalkan ketika menaiki kenderaan. Antaranya:

1. Bertakbir Dan Bertasbih Selama Perjalanan.

Jabir ra berkata, “Kami bertakbir ketika melewati jalan yang naik, dan bertasbih ketika melewati jalan yang turun”. (HR Al-Bukhari)

Dari hadis ini, kita dapat ketahui bahawa ketika kenderaan menaiki tempat-tempat yang tinggi seperti menaiki bukit di Cameron Highland, maka ucapkan: ‘Allahu Akbar’. Manakala, ketika menuruni tempat-tempat yang lebih rendah ucapkan: ‘Subhanallah’.

Bertakbir manakala menaiki tempat yang tinggi akan membuat kita merasakan kebesaran Allah swt serta keagunganNya. Sedangkan bertasbih ketika menuruni tempat yang rendah akan membuat kita merasakan kesucian Allah swt dari segala kekurangan.

2. Berdoa Ketika Kendaraan Tergelincir.

Rasulullah saw melarang kita mengutuk syaitan ketika tergelincir dari kenderaan, tetapi mengajarkan kita untuk mengucapkan, ‘Bismillah’.

Usamah bin Umair ra menceritakan, “Aku pernah dibonceng Nabi saw lantas tunggangannya tergelincir, maka aku berkata, “tergelincirlah syaitan”. Maka Nabi berkata, ‘Janganlah kamu katakan tergelincirlah syaitan. Jika kamu berkata demikian, dia (syaitan) akan membesar hingga sebesar rumah, dan berkata, ‘Dengan kekuatanku.’ Akan tetapi katakanlah, ‘Bismillah’. Jika kamu berkata demikian, dia akan mengecil hingga sekecil lalat.” (HR Abu Daud)

Jika kenderaan yang kita naiki tergelincir atau terbabas mungkin atas faktor-faktor jalan yang tidak elok, teruslah ucapkan ‘Bismillah’. Menyebut nama Allah swt akan meleburkan syaitan sebagaimana air meleburkan garam.

3. Tidak Membawa Lebih Muatan.

Di antara adab berkenderaan adalah tidak membebani kenderaan dengan muatan yang berlebihan. Sebagai contoh, jika motorsikal hanya mampu membawa 2 orang, janganlah kita menunggang motosikal sehingga 4 orang di atasnya.
Rasulullah saw pernah memboncengkan sebahagian sahabatnya seperti Mu’adz, Usamah, Al-Fudhail, begitu juga memboncengkan ‘Abdullah bin Ja’far dan Hasan atau Husain bersama-sama, semoga Allah Ta’ala meredhai mereka semua.

Membebani kendaraan melebihi daya angkut yang telah ditetapkan merupakan suatu bentuk kezaliman. Hal ini akan menyebabkan kendaraan menjadi rosak dan ini merupakan bentuk pembaziraan harta.

4. Memandang Kenderaan Yang Lebih Rendah.

Rasulullah saw memberi petunjuk kepada umatnya bagaimana cara memperkuat rasa syukur atas pelbagai nikmat yang Allah saw anugerahkan adalah dengan selalu memandang orang yang berada di bawahnya dalam akal, nasab (keturunan), harta, dan berbagai nikmat. Baginda saw bersabda,

انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أسْفَلَ مِنْكُمْ وَلاَ تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ ؛ فَهُوَ أجْدَرُ أنْ لاَ تَزْدَرُوا نِعْمَةَ الله عَلَيْكُمْ

Maksudnya, “Lihatlah orang yang lebih rendah dari kalian, dan jangan melihat orang yang di atas kalian. Itu lebih layak untuk kalian agar tidak memandang hina nikmat yang Allah anugerahkan kepada kalian.” (HR Muslim)

Dari hadis ini kita dapat ketahui bahwa, jika menaiki kereta, lihatlah orang yang menaiki motorsikal. Manakala, jika kita menunggang motorsikal, lihatlah orang yang sedang berbasikal. Tujuannya adalah kita akan merasa syukur dengan apa yang kita miliki.

Kesimpulan.


Kenderaan sudah menjadi suatu keperluan dalam kehidupan seharian manusia. Kenderaan bukan sahaja membantu pergerakan serta pekerjaan kita sehari-hari menjadi lebih mudah, tetapi juga ia memudahkan kita untuk bermusafir.

Sekiranya kita berkenderaan kerana tujuan musafir, adalah lebih baik, jika kita turut membaca doa-doa lain selain daripada doa menaiki kenderaan. Ini kerana, dalam sebuah hadis disebutkan,

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Maksudnya, “Tiga waktu diijabahi (dikabulkan) doa yang tidak diragukan lagi iaitu: (1) doa orang yang dizalimi, (2) doa seorang musafir, (3) doa orang tua pada anaknya.” (HR Ahmad 12/479 no. 7510, At-Tirmidzi 4/314 no. 1905, Ibnu Majah 2/1270 no. 3862. Syaikh al-Albani menghasankan hadis ini)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 492,874 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen