Situasi – Situasi Perlunya Berkahwin Atau Tidak, Yang Manakah Anda?

 

Perkahwinan ialah akad yang menghalalkan di antara lelaki dengan perempuan hidup bersama dan menetapkan tiap-tiap pihak daripada mereka hak-hak dan tanggungjawab. Dalam erti kata lain, suatu akad yang menghalalkan persetubuhan dengan sebab perkataan yang mengandungi lafaz nikah, perkahwinan dan sebagainya.

Hukum asal suatu perkahwinan adalah harus sahaja tetapi dalam pada itu berkemungkinan boleh berubah menjadi wajib, sunat, haram, harus dan makruh di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan.

Semuanya bergantung kepada situasi-situasi yang dihadapi oleh seseorang itu hingga mengubah sebuah perkahwinan itu menjadi wajib, sunat, haram, harus dan makruh. Jadi situasi yang manakah dihadapi oleh anda?



1. Orang yang wajib berkahwin.

Perkahwinan menjadi wajib apabila seseorang itu mampu dari segi fizikal, mental dan juga kewangan dan berkemungkinan besar tidak dapat menahan diri daripada melakukan maksiat yang menjurus ke arah zina yang telah diharamkan oleh Allah SWT. Tapi perlu diingat jika seseorang itu mampu mengawal nafsu maka menunaikan Haji wajib didahulukan terlebih dahulu kerana beliau adalah seorang yang mampu dari pelbagai aspek.

2. Orang yang sunat berkahwin.

Menjadi sunat apabila seseorang itu telah cukup umur dan baligh serta mampu mengawal nafsu. Namun demikian, walaupun seseorang itu mampu mengawal nafsu namun tidaklah elok jika seseorang itu berkeinginan untuk tidak berkahwin buat selamanya, kerana Islam mengalakkan perkahwinan dan nabi Muhammad SAW suka melihat umatnya yang ramai.

3. Orang yang haram berkahwin.

Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk berkahwin tetapi kalau ia berkahwin diduga akan menimbulkan kemudharatan terhadap pihak yang lain seperti orang gila, orang yang suka membunuh atau mempunyai sifat-sifat yang dapat membahayakan pihak yang lain dan sebagainya.



4. Orang yang makruh berkahwin.

Orang yang makruh hukumnya berkahwin ialah orang yang tidak mempunyai kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan) tetapi ia dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan. Oleh itu dianjurkan sebaliknya ia tidak melakukan perkahwinan.

5. Orang yang harus berkahwin.

Hukum harus adalah kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin.

Bagi sesiapa yang ingin berkahwin, teliti dahulu anda berada dalam situasi yang mana. Jika dalam situasi yang menyebabkan anda wajib berkahwin, maka cepat-cepatlah mencari pasangannya.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,658 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen