Nak Bernikah Di Masjid? Ketahui Adab Dan Tatacaranya.

 

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah SAW bersabda:

أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ ، وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ ، وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ

Maksudnya: “Hebahkanlah akan pernikahan ini dan lakukanlah ia di masjid, dan palulah (raikannya) dengan memukul gendang (di luar masjid).” [Riwayat al-Tirmizi (1089) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra. Imam 
al-Tirmizi berkata: Hadis Hasan Gharib]

1. Pakaian Yang Menutup Aurat.

Pengantin lelaki dan perempuan wajib untuk memakai pakaian yang menutup aurat, bukan sahaja kerana untuk menghormati suasana Masjid semata-mata, akan tetapi ia MEMANG dituntut dalam syarak. Oleh sebab itu tidak digalakkan bernikah di dalam masjid, khuatir perkara ini akan berlaku seperti pakaian pengantin perempuan yang jarang dan menampakkan bentuk badan,

2. Asingkan Tetamu Lelaki Dan Perempuan.

Apabila tiba sahaja majlis keramaian seperti pernikahan ini, banyak sahaja perkara yang kita terlepas pandang seperti pergaulan antara lelaki dan perempuan, dna termasuklah kedudukan antara mereka. Jadi, sewaktu tetamu telah mula memasuki ruang masjid dan sedang menantikan sesi pernikahan berlangsung, pastikan tetamu lelaki dan wanita diasingkan kedudukannya.

3. Silent Atau Off Telefon Bimbit.

Mahu berbual dalam masjid pun boleh dianggap menganggu ketenteraman individu lain untuk beribadah, apatah lagi dengan bunyi telefon bimbit anda. Tidak kira ketika solat atau majlis pernikahan, pastikan telefon bimbit anda dalam mode silent supaya tidak menganggu pengguna masjid yang lain, yang mungkin sedang beribadah. Jika perlu menggunakan telefon, sila keluar sebentar.

4. Elak Bersesi Fotografi Di Dalam Masjid.

Sekiranya anda ingin melakukan sesi fotografi, seeloknya anda lakukan di luar dewan solat. Sesi fotografi yang dimaksudkan di sini adalah, yang perlukan anda ‘posing’ dan berpegangan antara pasangan anda. Walaupun hubungan suami isteri telah termeterai tetapi adegan ini agak janggal dilakukan di rumah ibadah seperti masjid.

5. Elak Gantung Banner Perkahwinan Anda Di Masjid.

Masjid adalah tempat awam dan ianya adalah kegunaan umum. Jadi elakkan mengantung banner atau bunting gambar anda bersama pasangan anda di masjid.

6. Lakukan Sesi Sarung Cincin Di Rumah.

Selepas akad nikah, kebiasaannya akan diadakan sessi menyarung cincin. Elakkan sesi ini di masjid kerana dalam Islam ianya bukanlah rukun wajib. Ianya disarankan untuk dilakukan di rumah.

7. Digalakkan Bersolat Sunat Selepas Nikah.

Pasangan digalakkan untuk menunaikan solat sunat selepas selesai acara akad nikah. Bagi wanita, jangan lupa untuk membawa telekung atau gunakan telekong yang disediakan di masjid sekiranya anda ingin berjemaah bersama suami.

Kesimpulannya, jika mahu pernikahan yang tampak mewah, meriah dan tidak banyak pantang larang, lakukan sahaja akad nikah di kawasan rumah anda sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,617 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen