Perlu Ke Batalkan Air Sembahyang Lepas Sah Akad Nikah? Jom Baca!

 

Selepas selesai majlis akad nikah dilakukan, pengantin lelaki selalunya akan meneruskan dengan solat sunat dua rakaat. Selepas itu ada sesi bergambar bagi acara membatalkan air sembahyang. Selalunya acara ini disertai dengan menyarung cincin, bersalaman dan pengantin lelaki mengucup dahi isterinya.

Acara membatalkan air sembahyang sebenarnya tidak termasuk dalam hukum agama Islam.

Rasulullah SAW tidak pernah mengamalkan acara ini pun kerana acara ini bukan syarat sah nikah. Ianya hanyalah adat Melayu yang dilakukan secara meluas sehinggakan kalau tak dibuat akan mula terasa janggal.

Masyarakat Melayu mengadakan majlis membatalkan air sembahyang dengan alasan tersendiri. Ianya seperti kiasan bahawa suami isteri sudah boleh dan halal bersentuhan. Sentuhan itu dilambangkan dengan bersalaman.

Pun begitu, usahlah melampaui batas sehingga berkucupan di hadapan jurunikah, wali dan juga ahli keluarga kita. Apatah lagi di dalam masjid. Bersalaman dan isteri mencium tangan suami sudah memadai bagi memberi perlambangan sudah halal bersentuhan.

Adab Bernikah Di Dalam Masjid:

  • Pengantin memakai pakaian yang menutup aurat dengan sempurna.
  • Kurangkan bergelak ketawa sebagai menghormati rumah ALLAH.
  • Tidak melakukan tindakan melampaui batas misalnya berkucupan antara suami isteri dalam acara membatalkan air sembahyang.

Namun, perkara yang dilakukan selepas Akad Nikah mengikuti sunnah Rasulullah SAW adalah;

1. Solat Sunat Usai Akad Nikah.

Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar.

“Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

2. Sujud Syukur.

3. Suami memegang atau meletakkan tapak tangan diatas ubun-ubun atau kepala isteri dan berdoa.

“Apabila salah seorang dari kamu bernikah dengan seorang wanita, hendaklah dia memegang bahagian depan kepalanya (isteri) sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya dan hendaklah mengucapkan: ‘Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya” [Riwayat Abu Daud]

4. Isteri bersalaman dengan Suami sambil cium tangan dan mengucapkan 2 Kalimah Syahadah.

Kesimpulannya, majlis membatalkan air sembahyang tiada pun menurut Islam. Tambahan lagi, menurut Ustaz Azhar Idrus, kentut pun boleh batalkan air sembahyang (sekadar gurauan) namun, memang tiada dalam Islam si suami perlu mencium isteri untuk membatalkan wudhuk. Yang ada hanyalah tangan si suami diletakkan di atas ubun-ubun kepala isteri.

Wallahua’lam. Semoga Bermanfaat.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,786 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen