20 Kebaikan Bersedekah.

 

Bersedekah banyak manfaat yang kita akan dapat. Bersedekah bukan dari segi wang ringgit sahaja, malah banyak kaedah yang boleh kita lakukan sebagai sedekah seperti melalui harta dan seumpama dengannya.

Ramai sahaja yang mengingati dengan bersedekah akan dibalas dengan kebaikan, namun terdapat banyak perkara yang tersembunyi akan berlaku seperti rahsia jodoh dan rezeki yang dilimpahi oleh Ilahi. Jadi, jom ketahui antara manfaat dan kebaikan yang anda akan dapat sekiranya bersedekah:

1. Sedekah adalah salah satu pintu untuk menuju ke Syurga Allah SWT.

2. Sedekah ialah perbuatan yang paling mulia antara semua perbuatan kebaikan dan sedekah yang paling baik adalah dengan memberi makanan kepada orang.

3. Sedekah akan dihisab pada hari Kiamat dan sedekah akan InsyaaAllah akan menjauhkan kita dari seksaan api neraka jahanam.

4. Sedekah mampu memadamkan kemurkaan Allah SWT dan mampu memadamkan kepanasan di alam kubur.

5. Perkara yang paling memberi keuntungan kepada orang-orang yang telah meninggal dunia adalah sedekah dan Allah SWT akan sentiasa memanjangkan pahala dari sedekah tersebut.

6. Sedekah mampu menyucikan roh dan menambah pahala kebaikan.

7. Sedekah adalah salah satu cara untuk mendapat kebahagiaan di hari Kiamat di hadapan Allah SWT.

8. Sedekah boleh menyelamatkan diri dari celaka di hari Kiamat dan tidak akan membuat anda sengsara disebabkan masa lampau anda.

9. Sedekah mampu menghapuskan dan diampunkan dari dosa-dosa yang pernah dilakukan.

10. Sedekah dapat membantu anda untuk meninggal dunia dalam keimanan serta ketakwaan terhadap Allah SWT dan malaikat akan mendoakan kebaikan kepada anda.

11. Orang-orang yang memberi sedekah ialah orang-orang yang baik dan sesiapapun yang terlibat dalam melakukan kebaikan tersebut akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

12. Orang yang memberi sedekah dijanjikan akan mendapat ganjaran yang hebat dari Allah SWT.

13. Orang yang memberi sedekah adalah tergolong dari golongan orang-orang yang disayang oleh masyarakat.

14. Memberi sedekah adalah perbuatan yang mulia dan dihormati.

15. Sedekah mampu melepaskan anda daripada kesusahan dan doa-doa akan dimakbulkan Allah SWT.

16. Sedekah mampu menghapuskan kesulitan hidup dan ditutup 70 pintu kecelakaan di dunia.

17. Sedekah mampu memanjangkan umur seseorang dan memberi kejayaan hidup.

18. Sedekah adalah ubat.

19. Sedekah ialah ganjaran yang baik meskipun anda memberi kepada binatang-binatang atau burung-burung.

20. Sedekah yang paling baik adalah jika anda menyampaikan pesanan yang baik ini kepada orang lain dan diniatkan sebagai sedekah. InsyaAllah, Allah memberikan ganjaran buat anda.

Semoga Bermanfaat dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 465,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen