6 Fakta Perkahwinan Yang Anda Perlu Tahu.

 

Sebelum anda mahu melangkah ke alam perkahwinan, jom ketahui fakta tentang perkahwinan;

1. Perkahwinan setiap pasangan itu berbeza.

Jangan samakan perkahwinan anda dengan sahabat anda, kerana setiap perkahwinan itu berbeza-beza. Setiap pasangan menjalani proses, ujian dan dugaan yang sudah pasti berlainan. Kebahagiaan yang anda cari di antara pasangan juga pasti berlainan dengan pasangan yang lain.

Jika anda cari harta sebagai kesempurnaan satu perkahwinan, tidak bermaksud semua pasangan mahukan perkara yang sama. Ingat! Setiap pasangan itu adalah unik.

2. Anda tidak akan betul-betul mengenali seseorang itu sehingga anda mengahwininya.

Pada satu saat dan masa anda akan dapat merasakan pasangan adalah satu beban dan musuh buat anda yang mana anda mahu melarikan diri dari pasangan tanpa memikirkan akibat selepas perbuatan tersebut.

Namun, perasaan ini tidaklah timbul kepada semua orang, ia bergantung kepada cara seseorang itu menyelesaikan masalah. Ini menujukkan anda telah mula benar-benar mengenali SI DIA. Dan juga mungkin kadangkala anda merasakan anda adalah manusia terakhir untuk pasangan bersama.

3. Jangan expect terlalu tinggi terhadap pasangan.

Anda perlu tahu, setiap individu itu berbeza dan tidak sempurna. Jadi janganlah mengharapkan sesuatu yang diluar jangkaan pada setiap bakal jodoh yang anda akan ketemui. Dan juga, jangan ingat setiap perancangan yang anda telah rancang sebelum kahwin akan sama dengan setelah berkahwin. Ia bukan sahaja akan berbeza malah berubah-ubah!

Jadi anda perlulah BERSEDIA!

4. Kebahagiaan anda bergantung kepada kejujuran anda terhadap diri.

Ini yang menarik yang patut anda lakukan. Sebelum berkahwin anda perlu mengetahui dahulu siapa diri anda dan bagaimana pasangan yang anda mahukan. Anda perlu jujur pada diri sendiri.

Adakah anda seorang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?...

Anda mahukan pasangan yang introvert atau ekstrovert atau kedua-duanya sekali?...

Apakah kekuatan anda? Apakah keburukan anda?...


Apakah peristiwa yang masih 'menghimpit' diri anda yang mungkin memberi kesan terhadap perkahwinan anda?...

Adakah anda bersedia untuk menjadi lebih tidak mementingkan diri sendiri, sabar dan berkorban?...

Adakah anda tidak kisah jika pasangan anda tiada pekerjaan tetap buat masa sekarang?...

Berdasarkan soalan di atas, fikirkan ciri-ciri pasangan yang anda mahukan dan lihat sama ada teman yang bersama anda itu dekat atau tidak dengan ciri-ciri yang anda mahukan. Ini bukanlah ciri-ciri perfect yang anda perlu cari, tetapi ia adalah ciri-ciri teman yang fit yourself enough untuk hidup bersama.

5. Tidak ada sebab UTAMA kenapa anda mesti rush dalam perkahwinan.

Jangan terlalu terburu-buru membuat keputusan. Pilihlah individu yang betul dan berkawanlah dengan seramai mungkin kerana kita mengharapkan perkahwinan hanya perlu berlaku sekali saja dalam kehidupan.

6. Perkahwinan bahagia benar-benar WUJUD!

Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara untuk suka-suka. Kita berkahwin untuk menghalalkan hubungan sah sebagai suami isteri dan meneruskan legasi keluarga disamping memenuhi tuntutan agama. Anda cuma perlu lebih REALISTIK dan BERSEDIA sebelum menjelangnya hari bahagia.

Perkahwinan bahagia juga memang wujud contohnya perkahwinan Rasulullah SAW bersama isteri-isterinya. Walau apa pun terjadi para isteri Rasulullah SAW tetap berada di sampingnya. Apa yang penting jujur dan jadilah teman baik pasangan SEPANJANG HAYAT.

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,075 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen