“Mak Ayah, Saya Nak Kahwin..” 10 Reaksi Ibu Bapa Yang Anda Perlu Tahu Ketika Soal Tentang Kahwin.

 

Setiap anak yang merasakan sudah bertemu dengan bakal jodoh, dan ingin menyatakan hajat untuk berkahwin pasti gementar. Terutamanya untuk beritahu kepada kedua ibu bapa anda. Situasi sebegini pasti membuatkan anda berasa sangat janggal, gementar dan macam-macam yang bermain di fikiran anda.

Antara sebab anda takut untuk membicarakan tentang kahwin adalah mungkin dari situasi sebegini. Bukan sahaja takut ditolak terus dari kedua ibu bapa, bahkan takut sekiranya ibu bapa sudah merancang dan mempunyai calon tersendiri untuk anda.

Sudah tentu anda tidak mahu menjadi anak yang derhaka, kan?

Oleh itu, bersiap sedialah ketika ingin menyatakan hasrat anda, kerana kedua ibu bapa anda mungkin…

1. “Dah cukup duit ke nak kahwin? Atau buat 'loan' bank?”

Sudah tentu reaksi pertama dari kedua ibu bapa anda adalah berkenaan dengan kewangan anda. Dan jangan terkejut sekiranya ibu bapa anda menyuruh untuk membuat simpanan malah menggunakan duit sendiri untuk membuat majlis. Mungkin ketika ini anda berasakan kewangan anda sudah stabil, namun tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan, kan? Tiba-tiba berlakunya kecemasan yang tidak dijangka, seperti rompakan, kecurian, duit untuk kesihatan atau kemalangan.

Oleh sebab itu kedua ibu bapa anda merasakan betapa risaunya sekiranya tidak mempunyai duit yang cukup untuk membuat kenduri kahwin.

2. “Bangun Subuh pun susah, nak jadi imam keluarga?”

Ayat ini sudah menjadi kebiasaan para ibu bapa pada anak-anak mereka yang mahu berkahwin. Sudah tentu mereka tahu tentang keadaan yang sebenar terjadi di dalam rumah. Jika bangun untuk solat subuh pun liat, bagaimana mahu menjaga bakal suami/isteri kelak?

3. “Masak pun tak reti, nak kahwin?”

Khusus untuk kaum wanita, pasti ibu bapa akan risau bagaimana mahu memikat hati suami, jika pikat hati ibu bapa pun belum lepas lagi. Ketika bujang, ibu yang masak untuk satu keluarga, tetapi setelah berkahwin agak pelik pula ibu anda yang masakkan untuk suami anda.

4. “Al-Quran dah khatam ke belum? Berapa kali?”

Dari segi ilmu agama pula, sudah cukupkah ilmu di dada? Jika ilmu asas agama pun anda tidak pelajari, bagaimana untuk mendidik isteri kelak? Bagaimana untuk berkongsi pendapat dengan pasangan? Bagaimana mahu menjadi contoh yang baik pada anak-anak?

5. “Bilik pun macam "tongkang pecah", ada hati nak kahwin?”

Jika sejak dari bujang anda bukanlah seorang yang pembersih dan seumpama dengannya, maka tidak hairanlah isu kecil ini akan menjadi satu pergaduhan antara suami isteri kelak. Jangan terkejut sekiranya isu inilah yang sebenarnya mendekatkan diri anda dengan perceraian.

6. “Lepas kahwin nanti nak makan apa? Makan pasir?”

Jangan berasa sentap sekiranya ibu bapa anda agak kasar dengan anda kerana perkahwinan sememangnya bukan satu permainan. Oleh kerana itu ibu bapa anda bertindak sebegini supaya anda tidak hidup dalam fantasi. Tiba-tiba sebiji labu boleh menjadi kereta untuk membawa anda ke mana sahaja. Jangan mimpi!

7. “Betul ke nak kahwin? Kucing tu pun mak kena ingatkan bagi makan…”

Bukan sahaja ibu yang perlu ingatkan anda untuk memberi kucing makan, anda juga diingatkan oleh ibu sendiri untuk makan bersama keluarga. Leka bermain game sehingga ibu perlu menetuk pintu bilik berkali-kali. Tolong ibu di dapur pun liat.

8. “Boyfriend/girlfriend asal mana? Kerja apa? Gaji berapa?”

Soalan yang biasa ditanya oleh ibu bapa anda adalah berkenaan dengan pasangan anda. Jadi, janganlah berahsia dengan ibu bapa kerana perkara sebegitu memang wajib untuk mereka tahu.

9. “Lepas kahwin nak duduk mana? Jangan nak tumpang rumah orang (mertua) pulak…”

Dan kebiasaannya ibu bapa anda tidak mahu anda menumpang simpati pada orang lain. Cubalah berdikari setelah berkahwin supaya anda tahu dugaan perkahwinan ini macam mana.

10. Gelak yang sangat lama. “Serius?”

Setiap ibu bapa pasti terkejut apabila mendapat berita ini daripada mulut anaknya sendiri, kan? “Betulke anak aku nak kahwin?”

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 491,035 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen