"Hanya Jasad Sahaja Di sini, Tapi Hakikatnya Hati Saling Berjauhan Angkara Telefon Bimbit.."

 

Telefon bimbit adalah satu alat komunikasi yang menyebabkan ketagihan melampau kepada penggunanya. Tidak kiralah sama ada tua mahupun muda, mereka ini pasti alami ketagihan itu. Sebab itulah sekarang ini apabila bangun sahaja tidur, terus tercari-cari di mana telefon bimbit itu, bila tidak ada mulalah hilang mood pagi itu.

Itu belum lagi hilang kemesraan diantara pasangan mahupun anak-anak. Semuanya angkara telefon bimbit yang begitu melekakan sehingga ramai diantara kita lebih memilih untuk meluangkan masa dengan telefon yang tidak bernyawa ini berbanding anak-anak, ahli keluarga serta pasangan kita.

Sedar atau tidak, dalam setiap perkara yang kita utamakan telefon terlebih dahulu, kita mungkin sahaja hilang moment indah yang sepatutnya kita lihat, bahkan kita juga mungkin akan mengores hati sesiapa sahaja dengan kelakuan kita itu.

Banyak benarnya yang telah dikongsi oleh Puan Intan Dzulkefli, kita akan hilang banyak perkara jika terlalu leka dengan telefon bimbit ini. Semoga sedikit perkongsian ini akan membuat kita buka mata dan sedar akan kesilapan yang ada.



Bangun tidur cari telefon dulu.

Nak tidur pun tengok telefon dulu.

Anak jerit panggil mak ayah, tapi masing-masing duduk terpaku pandang telefon. Sengih senyum pandang telefon, tapi dengan pasangan dan anak-anak asyik nak moody, marah, naik angin.

Keluar outing bersama keluarga, mata masih di telefon. Makan bersama pasangan dan anak-anak, sibuk tangan scroll telefon tak berkelip.

Anak panggil mak, ayah... tengok ni boboy dah pandai makan sayur. Mak ayah diam macam patung sebab tak dengar pun apa anak cakap.

Kalaulah mak ayah lihat wajah kecewa anak kecil itu.

Pasangan panggil, nak suapkan makan, minta layan anak, haih masih mata sibuk menghadap telefon, sibuk ni, berbual dengan kawan-kawan.

Sudahnya, terasa hati pasangan dalam diam.

Abaikan anak-anak.

Bawa anak bermain di taman permainan tetapi anak terkial-kial bermain sendiri kerana ibubapa sibuk dengan telefon.
Sekadar snap gambar anak bermain untuk diupload, untuk dapat likes dan engagement di fb dan instagram, sedangkan sebenarnya anak-anak terabai, emosinya terdera.

Makan duduk berdua, dekat di sisi, tak sampai sejengkal jauhnya, tetapi hati rasa jauhhhh sekali. Hanya jasad yang berdekatan, namun hati rupanya berjauhan.

Kalau di tempat awam begitu, di rumah bagaimana pula. Wallahu 'alam, tanya diri masing-masing.

Adakah mata sentiasa di telefon. Lebih pandang telefon dari pandang pasangan dan anak-anak.

Senyum-senyum kepada telefon. Lebih dari senyum pada pasangan dan anak-anak.

Inilah kebanyakan dari kita. Boleh lihat di mana-mana pun.

Kenangan yang indah datang sekali sahaja.

Ya tahu, awak sibuk. Rakan seangkatan, klien, customers, sales, semuanya memerlukan awak berinteraksi menggunakan telefon.

Ya faham, awak bukannya buat benda maksiat pun. Nak cari rezeki buat belanja keluarga juga.

Namun, kita cuma nak minta awak sedar prioriti. Kita cuma nak awak lebih hargai apa yang di depan mata, sebab momen berharga kadangkala hanya muncul sekali sahaja.

Kita semua pun tak selamanya sihat. Cuba fikir bila kita susah, sakit tenat dah tak boleh bergerak, adakah telefon yang kita selalu pandang, sentuh dan senyum padanya itu yang akan menjaga kita?

Bukankah anak-anak dan pasangan yang kita abaikan itu jugalah yang akhirnya akan bersusah payah menjaga dan memberikan sokongan pada kita?

After all, family still comes first. They are our priority.


Didik diri untuk kurang bermain telefon.

Cubalah didik diri dan pasangan, biasakan jangan sentuh langsung telefon pada waktu tertentu.

Contohnya waktu makan bersama, waktu berbual dengan pasangan dan anak-anak, waktu selepas solat ambil masa bercakap dengan anak-anak, pasangan dulu, bukannya terus cari telefon dan keluar.

Waktu nak tidur biasakan minta maaf, ucap terima kasih, ucap sayang, pelukan dan adab-adab sebelum tidur.
Bukannya biarkan anak dan pasangan tertidur sendiri.

Hormat diri, hormat pasangan, hormat anak-anak. Anak-anak kecil sedang memerhatikan akhlak kita, ibubapanya.

Baca tulisan ini jangan tunding jari pada sesiapa sebaliknya koreksi silap diri sendiri. Hari ini berapa banyak kita dah abaikan pasangan dan anak-anak dalam kita sedar ataupun tidak?

Semata-mata hanya kerana gajet.

Muhasabah saya yang sangat banyak silap salah.

Astaghfirullahal adzhim.

Jom kita ubah, demi insan yang memerlukan kehadiran jasad, juga kehadiran 'hati' kita di sisi mereka.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,973 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen