Penjagaan Anak Selepas Ibu Bapa Bercerai, Kena Ambil Tahu.

 

Penceraian bukanlah satu perkara yang diimpikan oleh setiap orang yang berumah tangga. Bahkan, ia juga adalah perkara yang kalau boleh ingin dielakkan daripada berlaku. Mana tidaknya, setiap hubungan yang dibina itu adalah berdasarkan cinta dan percaya, pasti tidak penah terlintas akan perpisahan. Tapi apabila sudah rasa tidak ada sefahaman dan sehaluan, maka bagaimana ingin duduk sebumbung lagi.

Walaupun berpisah, anak-anak masih perlukan ibu bapa mereka. Jangan biarkan anak-anak terima hukuman gara-gara ketidaksefahaman anda itu. Kalian yang berpisah, tapi itu tidak bermakna anda perlu pisahkan anak-anak dari kasih sayang ibu bapanya.



Menurut kajian 20 tahun yang diterbitkan oleh pakar psikologi, Constance Ahrons dan kajian meta-analisis oleh Profesor Michael Lamb dari Universiti Cambridge, 80 peratus kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang bercerai tidak menunjukkan apa-apa kesan terhadap prestasi akademik, kesihatan mental dan hubungan sosial. Walaubagaimanapun, para pengkaji percaya kenyataan ini hanya dapat disimpulkan sekiranya ibu bapa yang bercerai ini dapat mengawal kestabilan emosi mereka.

Bukan mudah untuk berinteraksi dengan pasangan anda yang telah bercerai, oleh itu berikut merupakan 4 tip untuk pasangan ibu bapa yang telah bercerai menjaga anak mereka.

1. Menggalakkan anak anda berinteraksi dengan ibu atau bapanya.

Selepas penceraian, kebanyakan ibu atau bapa akan mengelakkan bekas pasangan mereka berjumpa dengan anak mereka. Tetapi harus diingatkan kehadiran kedua-dua ibu bapa amat penting bagi memastikan mereka tidak merasa kehilangan.

2. Mengelakkan konflik dan perbincangan tentang penceraian di hadapan anak anda.

Pertelingkahan kebiasaannya terjadi bagi pasangan yang berada di ambang penceraian. Walaubagaimanapun, tindakan ini akan mengakibatkan kesan yang negatif terhadap perkembangan minda anak anda. Tambahan itu, anda tidak seharusnya bercakap tentang penceraian di hadapan anak anda kerana anak anda layak menerima perhatian yang secukupnya daripada kedua-dua belah pihak ibu bapa.



3. Membuat perancangan dan peraturan dengan bekas pasangan.

Perbezaan pendapat dan pandangan merupakan faktor utama keretakan rumahtangga. Tidak dinafikan, sukar untuk anda dan bekas pasangan membuat perancangan yang sempurna. Namun, berkompromi dan membuat rutin baharu dalam struktur kehidupan baru anda adalah lebih baik selain membuat perancangan agar tidak timbul masalah pada masa hadapan kelak. Selain itu, anda perlu bersikap lebih terbuka dan fleksibel dalam meluangkan masa dengan anak agar semua pihak merasa adil dan gembira.

4. Jangan memburukkan bekas pasangan di hadapan anak anda

Tidak semua penceraian berakhir dengan baik. Kekecewaan, kebencian dan kemarahan akan membuat anda mengkritik dan menyalahkan bekas pasangan anda di belakang mereka, mengharapkan anak anda menyebelahi anda. Walaubagaimanapun, menurut pakar penjagaan anak-anak, komen yang buruk terhadap bekas pasangan hanya akan membawa kepada ketakutan, kebimbangan serta perasaan tidak selamat di dalam minda anak-anak. Dalam beberapa kes, tindakan ini hanya akan berpaling semula kepada anda kerana anak-anak yangg membesar kelak akan menyalahkan anda kerana telah menyebabkan mereka melalui zaman kanak-kanak yang menyakitkan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen