Kenali Bahagian Ayam Yang Tinggi Protein, Sesuai Untuk Mereka Yang Sedang Berdiet.

 

Ayam adalah salah satu makanan harian kegemaran ramai. Hampir setiap hari, hidang menu ayam akan menjadi pilihan tidak kiralah kanak-kanak ataupun dewasa. Buat mereka yang sedang berdiet pula, sudah pasti jika memakan makanan yang sama akan menjemukan. Jadi sekali skala pasti ingin memilih ayam sebagai menu hidangan.

Ayam adalah salah satu bahan makanan dengan sumber protein yang paling sering digunakan. Namun, terdapat bahagian ayam yang berbeza iaitu dada ayam, paha atas, paha bawah dan juga sayap. Setiap bahagian ayam ini ternyata memiliki kandungan protein dan lemak yang berbeza. Jangan sampai salah pilih, sesuaikannya dengan keperluan nutrien anda.





1. Bahagian dada.

Dada ayam adalah potongan bahagian ayam yang paling rendah lemaknya tapi tinggi protein. Dalam 100 gram dada ayam tanpa kulit yang sudah matang mengandungi 31 gram protein.

Dalam 100 gram dada ayam juga mengandung 165 kalori, 80% kalorinya berasal daripada protein, dan 20% baki kalori berasal daripada lemak.

Daging dada inilah yang paling popular bagi ahli sukan yang ingin membentuk tubuh lebih berotot dan bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini disebabkan daging ini tinggi protein, tetapi kalorinya tidak terlalu besar berbanding bahagian ayam yang lain.



2. Bahagian paha atas.

Paha atas ayam biasanya lebih murah berbanding dada ayam. Dalam 100 gram paha atas tanpa kulit dan tulang, terdapat sebanyak 26 gram protein.

Paha atas ini juga mengandung 209 kalori dalam 100 gramnya. Daripada kalori tersebut, 53% berasal daripada protein, dan bakinya sekitar 47% berasal daripada lemak.

Warna daripada bahagian ini biasanya sedikit lebih gelap berbanding bahagian dada, kerana bahagian ini adalah bahagian yang aktif bergerak dan mengandungi lebih banyak mioglobin.

Meskipun lebih gelap, bahagian ini termasuk bagian yang disukai ramai orang.





3. Bahagian paha bawah (drumstick).

Bahagian yang lebih bawah pada paha ayam disebut sebagai drumstick. Bentuk potongan ayam ini memang menyerupai pukulan drum yang sedikit menggendut.

Dalam 100 gram bahagian ini tanpa kulit dan tulang mengandungi 28.3 gram protein, dan 172 kalori.

Berdasarkan kalorinya, 70% kalori berasal daripada protein, dan 30% berasal daripada lemak. Mungkin anda bertanya-tanya bagaimana pengiraan kalorinya menunjukkan lebih banyak protein, sedangkan bahagian ini terkenal dengan lemaknya. Ini kerana kandungan tersebut mengambil kira bahagian otot atau dagingnya tanpa mengira kulitnya sekali.

Hakikatnya, kebanyakan orang akan makan bukan sekadar dagingnya sahaja, malah bahagian kulit yang melapisinya. Jika demikian kalorinya lebih tinggi. Satu bahagian paha ayam drumstick beserta tulang dan kulitnya boleh mengandungi 112 kalori, dengan 53% berasal daripada protein, dan 47% berasal daripada lemak. Lemak dan proteinnya tidak jauh berbeza, bukan?



4. Bahagian kepak.

Dalam 100 gram kepak ayam tanpa kulit dan tulang mengandungi 30.5 gram protein dan 203 kalori. 64% daripada kalori tersebut berasal daripada protein, dan 36% bakinya berasal daripada lemak.

Namun, kebanyakan orang tidak memakan dagingnya saja pada bahagian kepak ini kerana kandungan dagingnya sangat sedikit. Kebanyakan orang akan makan kulit yang melapisinya juga.

Satu kepak ayam bersaiz sederhana mengandungi 99 kalori, dengan 39 % berasal daripada protein, dan 61% berasal daripada lemak. Bahagian kepak memang lebih banyak kulit dan tulang, berbanding daging atau ototnya. Oleh itu, kalori daripada lemak kepak ayam lebih besar karena kulitnya memang banyak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,825 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen