Jadilah Pengantin yang Memuliakan Tetamu Pada Hari Perkahwinanmu…

 

Dalam cuti sekolah ini, pasti ada sahaja yang sibuk membuat persiapan ingin menyambut menantu ataupun ingin menerima menantu. Satu majlis perkahwinan tidak akan meriah jika tidak ada tetamu yang datang. Jadi, dalam keterujaan ingin majlis persandingan yang diimpikan itu berjalan lancar, jangan sesekali kita lupa dan leka akan tetamu yang hadir.

Mereka ini yang meraikan anda, bahkan mereka ini juga yang akan membuat majlis anda meriah. Jangan anda hanya mengutamakan diri anda dan pasangan anda sahaja. Jaga hati tetamu yang hadir, cuba untuk dekati mereka bertanya khabar atau beramah mesra.

Buat mereka yang bakal langsungkan majlis perkahwinan, ini sedikit pandangan daripada saudara Hapiz Kodiang, akan perkara yang seharusnya anda lakukan pada majlis anda itu nanti.



Jadilah Pengantin yang Memuliakan Tetamu Pada Hari Perkahwinanmu!

Pada musim cuti sekolah ini, akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin, diberkati Allah sehingga ke akhirat.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah, bakal pengantin dan jurugambar:

1. Pengantin hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.

2. Kepada jurugambar, jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yang keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah, terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa untuk ditangkap gambar.

3. Lagi satu, pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yang terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu untuk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah untuk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yang boleh diulang semula. Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.



4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yang datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yang datang. Sebelah petang pula, pengantin "lesap" pergi ke tengah sawah, padang bola, pantai untuk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung, amat tidak manis, pengantin hilang dari tempat kenduri.

5. Wahai pengantin, kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri, bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.

6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dengan tenang. Bukan mudah untuk bertemu sekali sekala. Lagu yang dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam, tuan guru, dan alim ulama yang hadir. Perlahankan lagu. Tetamu mahu bersilaturrahmi bukan mahu mendengar bising muzik yang keterlaluan.

7. Oh ya, sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua, pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yang lebih penting. Maka nasihat saya, jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.

Selebihnya, netizen tambah lah sendiri apa yang ingin dinasihati.....

Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 382,252 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen