Antara Didikan Yang Membuat Hubungan Anak Dan Ibu Bapa Tidak Mesra.

 

Ibu bapa sememangnya seorang yang lebih tahu mengenai anak-anak mereka. Bahkan ibu bapa juga berhak mendidik anak-anak mereka mengikut cara didikan yang mereka mahukan. Namun begitu, siapa kita untuk menyatakan bahawa didikan yang itu betul mahupun salah. Tetapi setiap didikan yang kita berikan kepada anak-anak kita itu akan memberikan kesan kepada pembesaran mereka nanti. Malah, setiap didikan kita itu juga akan menjadi amalan mereka sehingga mereka besar.

Sudah pastilah kita mahukan anak-anak kita ini membesar dengan cukup baik dari segi fizikal dan mentalnya. Tidak dilupakan juga, mereka ini akan begitu rapat dan memahami kita dengan baik juga apabila kita tua nanti.

Sebab itulah kemesraan pada awal tumbesaran mereka ini tersangatlah penting. Jadi jika kita inginkan kemesraan terbina itu, maka kita perlu memupuknya dari kecil. Berikut adalah perkara yang anda tidak harus lakukan dalam mendidik anak-anak anda.



1. Tidak memberi tindak balas kepada anak-anak.

Selalunya kita akan bertindak untuk memarahi atau membuat satu ‘judgement’ terhadap kelakuan anak-anak kita itu. Sedangkan kita seharusnya memberikan satu tindak balas yang baik kepada anak-anak kita terlebih dahulu sekiranya mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan. Bahkan kalau boleh dengar dahulu penjelasan mereka barulah anda lakukan tindakan yang seterusnya.

2. Berwajah serius terhadap anak.

Riak wajah anda itu adalah satu perkara yang akan dilihat anak terlebih dahulu. Dalam setiap apa yang dirinya lakukan, wajah serius anda akan membuatnya takut untuk mendekati anda dengan mesra. Maka dengan itu, cuba untuk tidak melakukan riak wajah sebegini di hadapan anak-anak anda. Riak wajah anda akan mempengaruhi emosi anak anda.

3. Peraturan siapa yang perlu mulakan perbualan dahulu.

Jangan membina peraturan sebegini. Kalian sekeluarga seharusnya mempunyai satu sikap di mana kalian harus saling berkongsi rasa. Jika anda amalkan sikap siapa yang patut memulakan perbualan dahulu, anak anda akan takut untuk memberi satu penjelasan atau berkongsi cerita dengan anda. jadikan anak anda seorang yang mudah berkongsi bukannya menyimpan segala-galanya bersendirian.



4. Berkata TIDAK tanpa meneliti permintaan terlebih dahulu.

Jangan terus membuat bantahan terhadap permintaan anda. Kalau boleh biarkan mereka membuat pilihan sendiri dahulu dan jika pilihan itu salah anda berikan satu saranan yang lebih baik. Jika anda terus menggunakan tidak atau no, ia seolah anda terus tidak bersetuju dengan apa yang dirinya nyatakan dan luahkan itu.

5. Lupa memuji anak.

Sebelum membuat teguran terhadap anak anda, pastikan anda memberikan sedikit pujian terlebih dahulu. Dengan cara ini, anak akan berasa diri mereka dihargai dan akan lebih berhati-hati agar kesilapan yang sama tidak berulang lagi.

6. Lupa memeluk anak.

Jangan lupa akan pelukan terhadap anak-anak. Ini adalah satu kuasa yang sangat hebat yang mana ia mampu membentuk kemesraan di antara kalian. Walaupun anda sibuk dengan rutin harian anda, jangan lupa untuk memeluk mereka sehari sekali. Mereka pasti akan menghargai perkara itu.

Setiap didikan yang kita berikan kepada anak-anak itu akan memberi kesan kepada mereka apabila mereka besar nanti. Jika didikan kurang mesra yang diberikan maka tidak mesralah mereka nanti, begitu juga sebaliknya.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,752 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen