8 Cara Dan Langkah Untuk Menasihati Suami Supaya Berhenti Merokok.

 

Majoriti kaum lelaki memang sukar untuk berhenti merokok kerana ia seolah-olah sudah sebati dengan diri. Malah, kerana ego lelaki yang tinggi ramai sahaja kaum wanita yang bergelar isteri ini kecundang untuk menasihati suaminya tentang keburukan merokok. Memang tidak dinafikan, situasi sebegini sudah menjadi kebiasaan dan masalah normal antara pasangan suami dan isteri.

Jadi, jom lihat cara untuk mengatasi masalah ini…

1. Bacakan keburukan merokok dengan kuat.

Tidak ramai para isteri ingin melakukan kaedah ini kerana khuatir si suami akan marah dan mengamuk, atau dianggap hanya membebel sahaja. Malah lelaki juga tidak suka mendengar para isterinya membebel. Beritahu sahaja si suami, kalau isteri tak membebel maknanya tak sayang.

Jadi, bacakan sahaja keburukan merokok yang boleh mempengaruhi kehidupan, keluarga, kerjaya dan kesihatan. Jika anda meletak link atau artikel di whatsapp, kemungkinan besar suami anda tidak akan membacanya.

2. Motivasikan diri mereka.

Cuba sentiasa ingatkan mereka tentang bahaya nikotin dalam setiap sedutan. Malah anda boleh mendedahkan diri mereka kepada suatu yang lebih menyihatkan. Ajar mereka bahawa rokok bukan tempat untuk melepaskan tekanan dan sebagainya. Jadikan atau amalkan dengan kaedah yang lebih sihat seperti pergi bersukan, menghirup udara segar di taman, bermain basikal, malah sebagai seorang muslim amalkan mengambil wudhuk dan membaca Al-Qur’an.

3. Tetapkan tarikh berhenti.

Anda perlu membuat surat perjanjian suami anda untuk menetapkan tarikh berhenti merokok. Perkara ini tidaklah dapat menjanjikan 100%, akan tetapi boleh menjadi reminder kepada si suami. Dan dalam surat perjanjian tersebut jangan lupa sertakan kata-kata positif supaya si suami sentiasa mengingati.

4. Letak dua atau tiga batang rokok dalam kotak.

Lakukan kaedah ini di depan suami anda jika anda tidak mahu ditengking ketika melakukannya dengan sembunyi. Beritahu suami anda bahawa anda akan keluarkan sebahagian rokok dan cuma tinggal dua atau tida batang sahaja. Ini untuk mendorong si suami berhenti merokok bukan secara mendadak.

5. Alihkan perhatian si suami.

Si isteri juga perlu bijak mengalihkan perhatian suami dari merokok. Lelaki jika sedang mengalami tekanan, marah, sedih pasti akan mencapai rokok untuk dihisap. Namun, ada juga lelaki menghisap rokok bukan kerana stress tetapi setelah makan dan seumpama dengannya. Jadi, alihkan perhatian mereka seperti bermain dengan anak-anak, mengunyah gula-gula getah, membaca, menonton movie dan sebagainya.

6. Tukar duit rokok kepada simpanan.

Buatkan carta harga sekotak rokok bersamaan dengan barang yang mempunyai harga yang sama. Sehari boleh dapat makanan yang menyelerakan, jika seminggu bersamaan boleh belikan si isteri barang solekan, jika sebulan? Jadilah isteri yang rajin, jika mahu suami rajin berhenti merokok.

7. Sepatutnya berkongsi dengan keluarga atau rakan.

Matlamat untuk berhenti merokok seharusnya dikongsikan bersama ahli keluarga atau sahabat rapat. Ianya supaya si suami ada tempat untuk mengadu tekanan emosi atau perubahan kesihatan yang dialami. Malah kata-kata dorongan dan sokongan dari mereka juga penting.

8. Jika tewas, ulangi lagi.

Jika si suami gagal pada percubaan pertama, kedua atau kesepuluh kali sekalipun jangan putus asa. Ulangi dari langkah pertama dan percayalah mereka yang gagal akan juga berjaya!

Ataupun…

“Awak sayang saya ke? Awak sayang rokok…”

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen