Jangan Lupa Pada Kedua Ibu Bapa, Jika Masih Memiliki Mereka. Nanti Menyesal.

 

Bagi mereka yang sudah berkahwin, malah masih memiliki kedua ibu bapa, sentiasa menghargai jasa orang tua. Jangan pula Habis Madu Sepah Dibuang. Hanya mengingati mereka ketika kecil, tetapi melupakan ketika dewasa. Hanya berjumpa ketika mengharapkan pertolongan ibu bapa, namun dibuang jauh ketika mereka tiada apa-apa.

Bukan sahaja pasangan, ibu bapa juga adalah amanah dan pinjaman dari Allah SWT. Bila-bila masa sahaja Dia boleh menarik nyawa orang tua kita tidak kira tempat. Janganlah tangisi apabila mereka sudah tiada. Jangan meratap ketika kedua ibu bapa sudah meninggalkan kita.

Sementara masih memiliki kedua ibu bapa, hargailah jasa mereka bukan hanya wang ringgit sahaja, tetapi kasih sayang yang tersimpan di dalam hati dan jiwa. Jadi, bagaimana mahu bahagiakan kedua ibu bapa kita?

Mari contohi dengan cara dari saudara Encik Matt ini….

********

Bahagiakan Mak Ayah Dengan Cara Ini

Yang masih ada mak ayah. Pastikan:

1. Keperluan dapur, bil air,bil eletrik disempurnakan oleh kita. Sekarang segala bil dah boleh buat pembayaran melalui online. Keperluan lain upah je runner beli beras,tong gas.

2. Usahakan bilik tidur mereka ada penghawa dingin. Tilam,selimut,cadar yang baru dan selesa.

3. Pastikan rumah tidak bocor terutama rumah kampung.

4. Pastikan kenderaan mereka selesa,ada penghawa dingin,brake yang baik,minyak hitam ditukar mengikut jadual.

5. Pastikan rumah mereka ada penapis air yang baik.

6. Pastikan mereka makan ubat mengikut jadual. Dan pastikan mereka tidak mengambil apa-apa supplement yang merugikan.m atau fake. Terutama rawatan-rawatan yang melibatkan peralatan.

7. Pastikan mereka tidak terlepas jadual temujanji dengan doktor di Hospital.

8. Jangan lupa untuk bertanya khabar mereka setiap hari, setiap minggu.

9. Jika mereka ada hutang berusaha untuk selesaikan hutang.

10. Pastikan dalam doa kita tidak terlepas nama mereka.

11. Tunaikan hajat mereka. Ada ibu bapa setiap tahun azam untuk tunai umrah. Ada ibu bapa setiap bulan nak ziarah anak-anak. Tunaikan.

12. Mohon maaf segala salah silap kita. Jangan sikit pun berdendam terhadap mereka. Jangan sikit pun sakiti hati mereka. Mereka syurga buat kita.

Tiada apa yang bernilai bagi mak ayah melainkan anak-anak yang soleh solehah,yang dapat mandikan jenazah mereka, yang dapat solatkan jenazah mereka. Yang dapat sedekahkan amal buat mereka.

Bahkan mendoakan mereka setiap masa. Paling kurang pun setiap kali selepas solat fardhu jangan lupa untuk mendoakan mereka. Moga syurga balasan buat mereka diatas penat lelah mendidik dan membesarkan kita.

AMIN.

********

Semoga Bermanfaat Dan Sentiasa Menyayangi Ibu Bapa Kita!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 631,461 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen