Cara-Cara Menegur Sikap Suami Yang Kita Tidak Suka Dengan Berhemah.

 

Hendak menegur sikap orang suami kita ini bukanlah perkara yang mudah. Mana tidakya selain rasa takut dirinya berkecil hati, kita menghormati mereka sebagai ketua keluarga. Bahkan kalau tersilap cakap dan tegur nanti jadi isteri yang tidak taatlah pulakan. Tapi itu bukan bermakna mereka ini tidak boleh ditegur, cuma risau jika apa yang disampaikan itu menguris hatinya.

Tapi sebagai pasangan yang baik, sudah pastilah anda ingin memperbaiki sikap suami anda itu. Hal ini kerana, anda mahukan dia menjadi yang lebih baik. Sebab itulah pentingnya teguran.

Tapi jika anda tidak tahu cara yang betul, mungkin anda boleh cuba ikuti cara yang dikongsikan oleh Intan Dzulkefli. Jom kita cuba.



Bagaimana cara untuk menegur sikap suami yang kita tidak suka?

Katakan, kita tidak suka suami kita berbalas mesej dengan wanita lain. Yang perlu kita buat ialah;

1. Masa mood suami tengah baik, contohnya lepas solat, atau lepas makan, atau semasa pillow talk, pegang tangannya, pandang matanya dan beritahu, "abang, saya tak suka abang mesej dengan si fulanah..."

Mesej kena jelas. Orang lelaki faham straight.

2. Paling penting kita pun jangan buat hal yang kita tak suka apabila pasangan kita buat.

Tak suka pasangan mesej, bergurau senda dengan orang lain, kita pun jangan buat. Supaya bila kita tegur perbuatannya, dia tak boleh u-turn; "alah... awak pun mesej dengan si fulan tu. Hihi sana haha sini. Ingat abang tak jeles?"



Sebaliknya hal yang TAK PERLU dibuat ialah;

1. Follow gosip rumahtangga yang asyik bercerita suami berskandal dengan bekas kekasih, rakan sepejabat, jiran. Hingga akhirnya kita stress fikir suami pun akan buat begitu pada kita.

2. Tag suami di post public tentang kes suami curang, tips menjadi suami mithali sambil berpesan pada suami di bahagian komen; "abang baca ni, please jangan nak mesej sangat dengan si fulanah tu lagi. Ayang tak suka!"

Doakan suami kita. Dalam masa yang sama, perbaikilah diri kita, mudah-mudahan ia menjadi asbab hidayah buat suami.

Nasihatkan suami sekiranya dia buat salah, tetapi caranya perlulah berhikmah walau dalam tegas. Nasihat tu kerana kita tak nak dia terjebak ke lembah maksiat.

Nasihat ini applicable untuk pihak suami juga.

Pernah terdengar dalam ceramah, ustaz kata, sekiranya seorang lelaki mempunyai isteri yang solehah, andai dia tak soleh sekalipun, dia akan segan dengan kesolehahan isterinya. InsyaAllah dia akan 'kejar' untuk menjadi setanding kebaikan isterinya.

Subhanallah. Inilah rumahtangga yang fokus pada mardhatillah. Berlumba untuk buat kebaikan. Berlumba untuk khidmat pasangan. Berlumba untuk menyukakan hati pasangan.

Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad.

Mudah-mudahan sempena Mawlud Nabi harini, kita semua dapat tajdid niat dan fokus pada matlamat untuk jadikan rumahtangga anak tangga ke syurgaNya.

InsyaAllah. Muhasabah saya juga.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen