Jangan Melarang Anak Kalau Suka Memanjat, Ini Kebaikannya.

 

Sering kali kita akan melihat anak-anak kita ini akan mula berkelakuan yang tersangat aktif dan lasak, seolah-olah tidak mahu duduk diam. Itu belum lagi jenis yang suka memanjat dan turun naik tangga. Kita yang pening kepala melihatnya.

Bahkan kita juga akan terlari-lari cuba melarang dan menyelamatkan mereka daripada melakukan perkara tersebut. Jika sudah terlalu malas untuk melayani mereka, maka kita pun berikan anak kita itu gadget agar mereka ini berhenti berlari dan memanjat.

Namun sebenarnya, tanpa pengetahuan kita, memanjat dan bergiat aktif itu adalah salah satu cara mereka berkembang dan membesar dengan sihat. Ini adalah sedikit penerangan daripada Doc Abdul Rahim Nor mengenai perkara ini.



Ilmu keibubapaan. Artikel 824. (part 1.) "mengapa anak/cucu kita ‘pantang’ tengok tangga, grill pintu atau sofa. Lalu suka memanjat / meragaih?". Silap anda jika melarangnya!! Mengapa ya?".

A. Kalau anak/cucu kita dah masuk umur 1 tahun ke 2 tahun, jangan terkejut mereka dah mula suka panjat-memanjat/meragaih sofa, pintu grill, baby cot dan tangga rumah. Kadang-kadang di tempat awam dan rumah orang pun anak/cucu tak reti malu. Mereka lasak memanjat sana sini. Ini yang buat kita rasa malu teramat sangat. Tak tau di mana nak sorok air muka kita yang handsone/ comel ni he?

B. Ni doc share sikit info mengapa sebabnya jadi bagini.



1. Anak ketika ni suka memanjat bukannya ia hyperaktif, bukan anak bermasalah atau nakal. Bukan! Bukan! Bukan! Ni perspektif fikiran ibu bapa yang silap! Tapi ia adalah salah satu skill penting dan baru dalam perkembangan motor kasar pada diri dan perkembangan otak anak tu ketika pembesaran dirinya.

2. Doc nak anda fikir sejenak:

   I) Anak yang baru lahir terus menyusu daripada ibunya. Emak pak dan tok wan dan opah tak payah mengajarnya.          Skill tu anugerah allah cara automatik dalam proses perkembangan bayi yang normal. Bagitu jua belajar                    meniarap, berangkak, duduk, berdiri dan berjalan. Uoll tak perlu bagii tuition kelas semua ni kpada anak/cucu            anda , bukan?

  II) Anda tak payah ajar anak/cucu anda camana nak memanjat. Tapi skill special memanjat ni anugerah Allah ni              terjelma bila tahap perkembangan bayi tu tiba waktunya dalam perkembangan otak yang normal. Sebabnya                ketika ni mereka dah mula ada deria vestibular ( deria pergerakan dan keseimbangan). Ini yang menyebabkan            mereka suka memanjat dan cuba cari dan test deria tersebut lalu kelamaan dapat pupuk skill tu dalam dirinya            dengan baik dan berguna pada masa depan mereka.



3. Memanjat memang normal dan adalah satu keperluan dalam perkembangan anak-anak. Masa kecik-kecik dulu doc dan anda bebas panjat pokok dan main-main panjat tangga dan papan gelonsor. Hihihi nasib baik tak merudum ke tanah ketika tu. Tapi zaman la ni, mak ayah sibuk dengan career hingga balik larut mlm cari duit. No time dengan anak-anak di taman permainan. Sebab tu anak-anak zaman la ni suka memanjat dalam rumah untuk dapat skill daripada deria vestibular yang sedang berkembang dalam dirinya.



4. Nasihat doc:

   A. Biar je anak/cucu anda nak naik turun tangga dirumah. Jangan halang mereka menguatkan skill ni. Hanya waspada mereka daripada jatuh dan cedera diri mereka je.

   B. Anak nak panjat grill rumah, bagi je. Jangan marah atau rotankan mereka. Jangan kata mereka nakal! Hyperaktif! Patut kata good...keep it up!! Emak/pak dan tokwan/opah kena faham ni ye.

    C. Anak panjat sofa, relax je. Kalau rosak sofa tu beli le yang baru... Hihihi.. Maklum le nak kasi anak develop skill. Jaga je baik-baik supaya jangan ada injury/ cedera je.

   D. Ramai mak ayah buka tv dan beri gadget untk ubah attention anak daripada memanjat. Ini tindakkan yang tak betul dan merosakan minda dan development anak dengan media tersebut tanpa aktiviti lasak.

5. Memanjat membuat urat otot, tulang, sendi serta deria saraf vestibular anak/cucu berkembang cepat dan lagi matang. Biar je anak/cucu memanjat! Anda relax je saja.

Apa akan terjadi jika anda larang anak/cucu memanjat. Hihihi sambung part 2, doc habaq nanti. Doc nak uoll sabar-sabar ye





Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,657 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen