5 Cara Untuk Memastikan Teman Wanita Atau Isteri Anda Berjimat Dan Bersabar Ketika Shopping.

 

Kaum wanita dengan terapinya iaitu membeli belah tidak boleh disangkalkan lagi. Pergi sahaja kemana-mana, pasti ada sahaja barang yang mahu dibeli. Jika bukan untuk dirinya sendiri, pasti ada sahaja untuk pasangannya, ibu bapa, adik-beradik atau untuk best friend forever (bff).

Jadi untuk para lelaki diluar sana, nasihatkan mereka untuk bersabar dahulu sebelum membeli-belah, kerana khuatir akan berlakunya pemborosan yang akan membuat mereka menyesal dikemudian hari. Pada mereka yang belum berkahwin, pasti ingin berjimat, kan?

Jadi, bagaimana untuk memastikan teman wanita atau isteri anda boleh berjimat dan sabar ketika shopping? Begini caranya…

1. “Sabar sayang, jangan terus beli, fikir dulu…”

Kaum wanita, apabila nampak sahaja barang yang comel, cantik dan menarik dihatinya pasti terus sahaja beli tanpa membuat perancangan. Ini yang dinamakan Impulse Buy kerana mereka membeli tanpa ragu-ragu, tanpa berfikir. Situasi sebegini juga, kaum wanita tidak kisah jika barang tersebut mahal harganya kerana bagi mereka ia berbaloi.

Namun, pada pertengahan bulan pasti mereka akan menyesal dengan tindakan mereka sendiri.

2. “Sabar sayang, tunggu lah masa ada promosi…”

Barang yang baru sahaja dilancarkan (launch) pasti harganya mahal sedikit. Namun, kaum wanita pada zaman sekarang, mana mahu ketinggalan zaman kerana ingin menjadi orang pertama yang menggunakan barangan tersebut.

Jika dibelinya barang tersebut pada waktu dan hari yang berlainan, pasti dilabel out dated! Namun, jika anda menunggu masa sedikit selepas pelancaran tersebut pasti harganya sedikit murah.

Pasti ada sale. Tak perlu malu sekiranya lambat menggunakan barang tersebut. Yang penting, jimat!

3. “Sabar sayang, google la dulu…”

Pastikan teman wanita dan isteri anda, baca dahulu review setiap produk atau barang yang mahu dibeli. Review atau testimoni sesuatu barang dapat membantu seseorang untuk berfikir dahulu sebelum membeli kerana tidak semua barang yang mahal itu berkualiti sebenarnya. Disini juga, anda boleh berjimat atau tunggu ketika ada sale.

4. “Sabar lah sayang, masa birthday atau anniversary saya belikan…”

Paling mudah untuk memujuk seorang wanita membeli barangan kegemarannya adalah ketika tarikh-tarikh penting seperti hari jadi atau ulang tahun perkahwinan. Hanya pada tarikh tertentu sahaja, si dia bakal dapat barangan yang mahu dia beli, tetapi teman lelaki atau suaminya memberi sebagai hadiah. Tidaklah setiap bulan dapat hadiah, kan?

5. “Sabarlah sayang, sabarkan separuh daripada iman….”

Jika semua tidak berhasil, kuatkan hati dan teruskan bersabar. Ingat yang anda perlu berjimat. Mungkin sebab nak kahwin, mungkin sebab nak beli fridge, mungkin sebab nak beli mesin basuh, mungkin sebab nak beli kereta. Walau apapun sebab anda, bersabarlah.

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,670 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen