Tips Mahu Berjimat Ketika Menimang Cahaya Mata Yang Pertama.

 

Pasangan ibu bapa yang menunggu cahaya mata yang pertama pasti teruja. Ketika ini pasti merasakan semua barangan bayi PERLU beli kerana tidak mahu ada kekurangan, dan pada masa yang sama ingin memberi keselesaan pada bayi sulung tersebut.

Situasi sebegini akan mendorong anda untuk membeli apa sahaja barangan bayi termasuklah barang-barang yang sebenarnya tidak penting malah tidak perlu untuk bayi anda. Khuatir anda akan menjadi terlalu boros, kerana terlalu teruja dengan bayi sulung anda. Setiap pasangan ibu bapa perlu meminta nasihat dari yang lebih berpengalaman dalam mengendalikan urusan ini.

Jadi, bagaimana mahu berjimat dan tidak mahu berbelanja berlebihan dalam keperluan bayi ini? Jom kita lihat barang keperluan bayi yang anda TIDAK PERLU beli....

1. Monitor video bayi.

Ia ibarat cctv, tetapi ada juga yang untuk audio sahaja seperti walkie talkie sekiranya kedengaran bayi anda menangis. Jadi, ia dapat monitor sekiranya anda melakukan sebarang kerja di ruang tamu atau dimana sahaja. Namun, sebenarnya jika betul anda mengambil berat tentang bayi yang baru dilahirkan pasti ingin melekat dengan anak 24 jam, kerana risau dengan keadaannya.

Ibu mana yang tak risau jika berjauhan dengan anak, lebih-lebih lagi bayi sulung.

2. Set tidur.

“Barangan lembut seperti bantal dan barangan tidur yang longgar perlu dijauhkan daripada bayi." - CDC. Oleh itu, tidak perlulah anda berbelanja banyak untuk set barangan tidur yang tidak perlu. Ini adalah untuk faktor keselamatan juga.

3. Meja tukar lampin.

Anda boleh menukar lampin anak anda di mana-mana sahaja yang selesa untuk anak anda dan anda sendiri. Boleh jadi atas tilam, atas meja, atas soda, pendek kata mana-mana sahaja. Alaskan permukaan tersebut dan voila! Instant changing table. Lagipun, cuba anda jenguk kawan-kawan anda yang pernah beli meja tukar lampin ini. Last last rata-rata daripada mereka tak guna pun. Jadi rak pula.

4. Pemanas botol susu.

Nampak bergaya, seperti orang ada-ada. Tidak kisah jika anda berkemampuan, tetapi masih juga membazir kerana anda boleh sahaja lalukan botol di bawah air panas atau rendam dalam air panas.

5. Baby Food Maker.

Blender atau food processor anda mampu berfungsi sebagai baby food maker. Jadi anda boleh berjimat sedikit dengan menggunakan peralatan elektrik sedia ada.

6. Kasut bayi.

Image result for babies shoes

Kasut bayi memang kelihatan sangat comel, lebih-labih lagi jika kasut bayi yang berjenama. Nanti dulu! Bayi anda masih lagi belum berjalan, dan anda perlu berjimat untuk kecemasan yang tidak dijangka. Pakaikan saja bayi anda stokin comel untuk gantikan kasut.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,602 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen