5 Cara Untuk Hidup Dengan Kos Sara Hidup Yang Semakin Meningkat.

 

Pada zaman millennial ini, kos sara hidup semakin meningkat. Jika pasangan yang sudah berkahwin bersusah payah menguruskan rumah tangga, apatah lagi bagi mereka yang bujang. Masa kini juga, majoriti daripada kita terlalu banyak hutang untuk dilangsaikan. Kos sara hidup meningkat, harga barang runcit naik, dengan hutang yang banyak, kekangan masa untuk melakukan kerja sampingan bakal membuatkan generasi muda hidup dalam tekanan.

Jika hidup bagaikan Mengukur Baju Pada Badan Sendiri, berkemungkinan tiada masalah pada sesetengah individu. Berjimat cermat dalam perbelanjaan sebenarnya haruslah ada dalam kesedaran diri sendiri. Jika tidak dimulakan dengan diri sendiri, sampai bila-bila tidak mahu bangkit untuk mengubah hidup.

Mari ikuti 5 cara mudah untuk hidup pada zaman millennial ini…

1. Rajinkan membaca tentang ekonomi.

Apa itu GST? Apa itu SST? Apa itu caruman KSWP? Ujrah dalam PTPTN?

Ramai sahaja anak muda yang liat untuk membaca, lebih-lebih lagi tentang isu ekonomi negara. Ambil tahu tentang ekonomi negara supaya anda sendiri dapat lihat perkembangan tersebut sebelum menuding kesalahan pada satu pihak sahaja. Jika anda kurang tentang ilmu ekonomi ini, mungkin anda sendiri kurang bertanggung jawab dengan ekonomi keluarga anda sendiri.

Rajinkan juga membaca tentang pelaburan. Lelaki jangan terlalu leka dengan majalah kereta. Wanita jangan terlalu leka dengan barangan solekan.

2. Bajet.

Apabila sudah menimba sedikit ilmu tentang ekonomi atau belanjawan, mula untuk meletakkan bajet perbelanjaan untuk diri sendiri. Hadkan pendapatan anda untuk simpanan masa akan datang. Betapa sukarnya anak muda pada zaman sekarang untuk hidup jika hutang dikeliling pinggang. Oleh kerana itu pentingnya budaya membaca dan mengambil tahu tentang ekonomi.

3. Masak.

Siapa sahaja dikalangan kita yang tidak suka makan. Setiap hari mahu makan di restoran. Makan tengah hari secara purata pasti RM7 (Ayam/ikan + sayur + nasi) berserta dengan air RM2.50 . Makan malam pula pasti mahu ada kudapan, mungkin sebahagian daripada anda mahu menjaga pemakanan (diet), jadi mahu murtabak (RM3.50). Namun, ia bukanlah diet yang sebenar.

Jadi, purata RM15 untuk satu hari anda sudah habiskan. 5 hari dah jadi RM75. Pada hujung minggu mesti nak ‘cheat day’ pula. Makan mahal, makan di restoran mewah, dating, dan sebagainya. Sekurang-kurangnya RM200 habis untuk hari minggu sahaja.

RM275 hampir RM300 anda boleh habiskan dalam masa 1 minggu. Macam mana mahu menyimpan?

Katakan ini terjadi 2 kali seminggu, hampir RM600 anda habiskan untuk sebulan.

MASAK!

Jangan fikir panjang, belajarlah masak dari ibu, kakak atau banyak sahaja tutorial di Youtube dan Instagram. Pasti anda tidak pernah terfikir bahawa anda sebenarnya dapat menyimpan dengan banyak jika anda masak setiap hari. Jimat!

4. Naikkan mutu kerja anda.

Kemudian, cari peluang kerja untuk keluar daripada zon selesa. Pada zaman sekarang, agak mustahil untuk dapat menyimpan wang yang banyak jika anda lakukan hanya 1 kerja sahaja, terutamanya pada mereka yang telah berkahwin. Oleh kerana itu, ketika bujang lah anda harus komited berterusan dalam mencari rezeki, mencari kerja sampingan untuk mendapat wang extra untuk masa hadapan.

Supaya masa depan anda menjadi cerah.

5. Menyimpan.

Eloklah anda untuk mula menyimpan untuk masa yang memerlukan atau untuk membeli barangan yang berharga besar (kereta atau rumah). Selain itu, anda juga boleh mula untuk mula merancang kewangan anda dengan lebih efisien. Mana-mana perbelanjaan yang tidak perlu (rokok, vape etc) boleh diberhentikan secara perlahan-lahan. Bayangkan, dengan satu kotak rokok, anda boleh beli 2 pinggan nasi ayam.

Semoga Bermanfaat Dan Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 505,177 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen