Para Suami Isteri Jangan Ambil Ringan Dengan Kos Perbelanjaan Untuk Anak Yang Bakal Dilahirkan.

 

Semasa di awal perkenalan, anda perlu tahu kos pertunangan, pernikahan termasuklah perkahwinan. Masuk sahaja alam perkahwinan, terdapat banyak kos perbelanjaan anda perlu mengambil tahu termasuklah kos perbelanjaan untuk anak sulung yang bakal dilahirkan. Ketika ini lah anda perlu membuat banyak simpanan supaya tidak terseksa dikemudian hari.

Jom ketahui kos perbelanjaan tersebut…

1. Insurans perubatan.

Perkara penting yang anda dan pasangan perlu lakukan adalah menyediakan perlindungan perubatan sekiranya berlaku kes-kes kompilasi semasa bersalin. Kebanyakan kad perubatan dan perlindungan insurans kesihatan tidak mempunyai perlindungan bersalin.

Anda boleh berhubung dengan syarikat insurans untuk mendapatkan perlindungan tambahan semasa mengandung dan melahirkan anak secara kompilasi. Kadar insurans mungkin berbeza mengikut umur, faktor kesihatan dan jumlah minimum yang boleh dilindungi.

2. Pemeriksaan kehamilan.

Wanita yang mengandung perlu menjalani pemeriksaan wajib setiap bulanan di hospital bagi memantau perkembangan dan denyutan jantung janin dalam kandungan. Pemeriksaan perlu dilakukan seawal 10 hingga 12 minggu pertama kehamilan.

Anda juga boleh melakukan pemeriksaan pada bila-bila masa sekiranya anda berasa tidak selesa dengan kehamilan anda Pemeriksaan kehamilan boleh dilakukan di klinik kesihatan ibu dan anak yang disediakan oleh kerajaan di setiap daerah atau kawasan.

Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan pemeriksaan di klinik swasta, kadar bayaran bagi pemeriksaan kehamilan kemungkinan berbeza dan bergantung kepada keperluan anda.

Anggaran bagi pemeriksaan kehamilan daripada RM80 hingga RM180.

3. Makanan tambahan untuk penjagaan kehamilan.

Penjagaan makanan semasa kehamilan boleh memberi permulaan yang sihat kepada bayi anda. Makanan tambahan seperti Omega-3 Minyak ikan, Obimin dan Asid folik adalah makanan tambahan yang baik sepanjang kehamilan.

Sesetengah hospital menyediakan beberapa makanan tambahan ini. Anda juga boleh membelinya di kedai-kedai farmasi. Ingat! Dapatkan terlebih dahulu nasihat daripada doktor berhubung dengan tahap kehamilan anda sebelum mengambil makanan tambahan.

 Anggaran kos setiap bulan bagi makanan tambahan ialah RM50 hingga RM150.

4. Kos wad Kos bersalin bergantung kepada hospital yang anda pilih.

  • Anggaran kos bersalin secara normal ialah RM300 (tidak termasuk wad dan bayaran lain) dan kos bersalin secara pembedahan pula ialah RM800 di hospital kerajaan.
  • Manakala, kos bersalin di hospital swasta pula, anda perlu menyediakan kos lebih 5 hingga 6 kali ganda daripada kos di hospital kerajaan.
  • Selepas bersalin pula, anda perlu tinggal di wad selama beberapa hari untuk memantau keadaan diri anda dan bayi anda.
  • Anggaran bayaran untuk satu katil sehari di hospital kerajaan ialah RM80. Hal ini tidak termasuk kos ubat-ubatan dan perkhidmatan lain.
  • Manakala, kos satu katil bagi hospital swasta pula, sekurang-kurangnya RM120 hingga RM150 sehari bergantung pada jenis bilik

5. Berpantang untuk penjagaan selepas bersalin.

Tempoh berpantang adalah masa yang penting bagi ibuibu selepas bersalin. Ketika ini, seorang wanita berpantang perlu mengupah pembantu untuk memasak, memandikan bayi dan melakukan urutan secara tradisional.

Sekiranya anda inginkan penjagaan seumpama ini, anggaran kos yang akan terlibat adalah antara RM3,000 hingga RM4,000.

6. Penjagaan Perubatan untuk Anak Suntikan imunisasi perlu diberikan kepada anak anda.

Antara vaksinasi mandatori yang perlu diambil oleh anak anda seawal usia satu bulan pertama hingga umur dua tahun seperti Hepatitis B, Difteria, Tetanus, Pertussis (batuk kokol) / dan Haemophilus influenzae jenis B. Vaksinasi ini boleh melindungi anak anda daripada penyakit.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 488,256 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen