10 Tips Penjagaan Anak Batuk Dan Selsema.

 

Menjaga anak-anak ketika anda sibuk dengan kerja di pejabat, pasti membuatkan hati anda menjadi tidak tentu arah. Ketika inilah mahu emergency leave kerana terlalu khuatirkan dengan kesihatan anak-anak dirumah. Lebih merunsingkan apabila, anak yang tidak sihat dijaga oleh pengasuh dimana tempat tersebut pasti mempunyai ramai kanak-kanak yang lain. Jangkitan virus yang tidak dijangka pasti merisaukan mana-mana ibu bapa.

Penjagaan anak-anak sejak dari mereka kecil, terutamanya dari segi kesihatan amat perlu dititikberatkan, kerana ia mempengaruhi tumbesaran mereka. Keadaan sekeliling juga mempengaruhi tumbesaran mereka dan secara tidak langsung memberi impak yang dalam sekiranya ramai yang mengambil remeh dalam penjagaan kesihatan ini.

Oleh itu, jom ikuti 10 tips ini dari Dr Kamarul Ariffin…..

********

 

1. Perbanyakkan minum air kosong. Air diperlukan agar kahak tidak terlalu pekat. Ia juga boleh melegakan tekak yang kering.

2. Elakkan makanan atau minuman yang boleh sebabkan iritasi pada tekak seperti makanan pedas/berempah dan berminyak.

3. Boleh ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C dan madu (setahun ke atas). Bayi bawah 6 bulan, tak usah beri selain susu badan/formula.

4. Bawa jumpa doktor jika simptom berterusan lebih 3 hari. Makan ubat yang diberi mengikut ketetapan yang ditentukan oleh doktor/ahli farmasi.

5. Jika doktor saran kuarantin anak, maka tak usah bawa mereka ke tempat awam. Tak usah juga hantar ke sekolah. Khuatir janggkiti orang lain.

6. Jika terpaksa ke tempat awam, maka pakaikan anak topeng penutup mulut untuk kurangkan risiko menjangkiti orang lain.

7. Boleh ambil pelalian(vaksinasi) terhadap influenza. Ia memberi sedikit perlindungan daripada jangkitan virus influenza. Perlindungan bertahan setahun.

8. Jika anda petugas kesihatan, pastikan anda bersih diri sebaik sahaja pulang ke rumah. Tak usah terus bertandang pada anak-anak.

9. Jika anda seorang perokok, maka ini masa baik untuk mula usaha berhenti merokok. Demi kesihatan anak, isteri dan anda sendiri.

10. Selain ubat, anak yang sakit perlu diberi lebih perhatian dan kasih sayang. Suami pula jangan lupa manjakan si isteri yang jaga anak tu.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,000 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen