Gadis Ini Kongsi 11 Tips Kewangan Khas Untuk Anda Muda.

 

Jadi anak muda pada ketika ini jangan terlalu mudah leka mengikut kehendak hawa nafsu. Perjalanan hidup kalian masih jauh lagi dan banyak dugaan hidup yang bakal kalian tempuhi. Mempunyai keinginan untuk memiliki pelbagai perkara itu adalah perkara biasa. Terutama jika ini adalah kali pertama anda berkerja dan menyara kehidupan anda sendiri.

Mana tidaknya, melihat rakan anda membeli kereta mewah sudah pasti anda menginginkannya. Melihat rakan anda sibuk melancong ke luar negara, anda juga ingin ikut seperti mereka. Itu belum lagi jika anda bergaul dengan rakan-rakan yang suka membeli barangan mewah, pasti anda tidak mahu ketinggalan.

Dalam anda sedang sibuk melayani kehendak dan keinginan anda itu, adakah anda telah membuat persediaan untuk kehidupan anda dikemudian hari? Jom kita belajar dari perkongsian saudari Nur Aliah Mohd Nor menjaga kewangan kita dengan betul sebagai pelindungan dikemudian hari.



11 Tips Kewangan Untuk Anak Muda.

1. Jaga hubungan dengan Allah. Ingat, Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Rahsia ramai orang berjaya sebab banyakkan baca surah Ar-Rahman dan Al-Waqiah.

2. Baca buku-buku kewangan (financial). Kalau rasa sibuk tak sempat nak pegang buku , boleh hadir kelas-kelas kewangan yang yuran bawah RM100.

3. Lepas dah belajar serba sedikit tentang kewangan, cari kerja yang bagus untuk dapatkan pendapatan setiap bulan sambil buat bisnes secara kecil-kecilan. Mulakan bisnes dari rumah dan modal yang rendah.

4. Buat simpanan sebanyak 6 bulan gaji. Kalau gaji RM2,500 maksudnya kena ada simpanan sebanyak RM15,000. Rasa susah? Semuanya terpulang dekat diri sendiri. Kalau rasa susah maka susahlah.

5. Dapat je gaji, terus simpan. Wujudkan 10% dari pendapatan. Ini paling minima, tapi kalau korang boleh buat 30% untuk tabung simpanan, ni tanda korang memang awesome!

6. Kalau nak beli kereta, ikut formula mudah ni, ‘gaji x 12 bulan’. Contoh, RM2,500 x 12 bulan = RM30,000 . Ada ke kereta RM30K? Mesti ada. Kalau tak ada, beli kereta 2nd hand.





7. Hidup seperti orang biasa-biasa. Tahan nafsu dulu beli handbeg LV untuk girlfriend, tukar kereta atau tambah koleksi jam. Biarlah pakai kereta Myvi je tapi simpanan ada beratus ribu! Best ke best sangat?

8. Pastikan dari sekarang dah ada tabung persaraan (retirement fund). Cadangan Lia simpan di Unit Trust (long term investment).

9. Jangan gatal tangan pergi buat personal loan atau credit card. Sekali dah wujudkan ‘bad debt’, berkali-kali korang akan rasa menyesal! Elakkan lah. Boleh beri kesan tak best dekat CCRIS korang.

10. Tulis matlamat bila boleh capai 1 juta yang pertama. Kalau dah capai 1 juta sales bisnes dalam masa 1 tahun, cuba capai 1 juta simpanan pula. Tak ada yang mustahil, yang penting usaha, komited dan konsisten.

11. Cerita apa yang korang nak dalam hidup lagi 3 ke 5 tahun, cerita lah dekat mak ayah, kawan baik, atau bakal suami atau isteri pon boleh. Biar mereka bagi semangat kat korang. Dan sebenarnya, lagi mereka cabar, itu tanda korang akan berjaya dengan lebih cepat!

Dapat semua point ini?

Kita ni hanya mampu merancang. Selebihnya Tuhan yang tentukan. Tapi sekurang-kurangnya, kita dah usaha UPGRADE diri kita untuk menjadi yang lebih baik, terutama untuk diri kita sendiri.

Nota : Korang jangan lupa sedekah dan zakat juga ya. Ini saaangat penting! Follow?

Semoga bermanfaat. Dan Silakan #SHARE dengan bahagia.



 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,130 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen