Lelaki Ini Kongsi Tips Elak Muflis Yang Perlu Anda Amalkan.

 

Dengan keadaan negara yang semakin maju, sudah pastilah banyak perkara yang semakin membimbangkan. Terutama mengenai ekonomi dan kewangan yang mana ia adalah perkara sangat penting untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Pengaturan kewangan yang baik akan membolehkan seseorang itu membentuk satu kehidupan yang baik untuk masa akan datang.

Hal ini kerana, jika anda tidak bijak menguruskan perbelanjaan dan kewangan anda, kemungkinan besar anda akan berhadapan dengan masalah pada masa akan datang. Sebagai contoh, perbelanjaan mengikut hawa nafsu yang tidak anda bendung akan menyebabakan anda mengalami muflis atau bankrap dikemudian hari.

Pasti ia sangat menakutkan bukan? Sebab itulah, pada peringkat awal ini anda perlu bijak untuk mengelakan perkara sebegini berlaku. Terdapat beberapa tips untuk mengelakkan diri anda daripada berhadapan dengan perkara tersebut. Ikuti perkongisan daripada Amir Syahir ini.



7 Tips Elak Daripada Dibelenggu Muflis

*****************************************

Mahkamah boleh mengisytiharkan kau muflis jika korang mempunyai hutang melebihi RM50,000 dan tidak mampu membayar ansuran melebihi enam bulan.

Paling tinggi sekali peratus bankrap ialah;

1. Pinjaman Sewa Beli Kenderaan

2. Pinjaman Perumahan

3. Pinjaman Peribadi

Semuanya sebab kurangnya perancangan kewangan yang berkesan. Kau gaji besar pun tapi boros berbelanja tak guna jugak. Mentaliti kena mantap dulu.







Antara 7 tips untuk mengelakkan daripada dibelenggu muflis ialah;

***

1. Hidup Di Bawah Kemampuan.

Kalau dulu, setiap bulan dapat gaji mesti makan Nandos, Kenny Rogers. Lepas ni kurangkanlah. Boleh makan, takde salahnya. Tapi, janganlah sampai lupa nak menyimpan dan bayar hutang.
Jadi, berubahlah. Berjimat cermat. Tak payah mengada nak minum kopi mahal tu. Minum je air masak. Hilang dahaga jugak.

2. Buat Bajet & Ikut.

Rangka bajet, tulis dan patuhinya. Tulis apa yang ingin dibelanjakan dan yang lebih penting lagi, patuhi bajet yang telah dibuat. Kau perlu berdisiplin dalam berbelanja. Membuat bajet adalah langkah yang sangat penting. Barulah kau tahu ke mana wang kau pergi.

3. Tahan Nafsu Berbelanja.

Ada orang menggelupur apabila tengok perkataan SALE 80%. Walaupun tak ada duit, tapi nak juga beli. Rugi tak beli masa harga promosi katanya. Walaupun dia dah ada barang tu dan masih boleh dipakai.
Lepas beli tu, mula la rasa menyesal. Tak dapat nak bayar hutang. Duit dah habis berbelanja sakan. Jadi, fikir dulu sebelum bertindak.

4. Simpanan Tetap.

Bila kau simpan wang dalam akaun bank, senang nak keluarkan balik. Baik buat potongan gaji ke Tabung Haji ataupun ASB. Nak buat ASB Financing pun elok juga. Bank akan potong siap-siap daripada akaun bank kau sebagai force saving. Yang selebihnya kau berbelanja lah.

5. Pendapatan Sampingan.

Tambahkan pendapatan sampingan. Contohnya, jual barang secara online, buat part time takaful atau Grabcar. Berhenti mengeluh tapi berpeluhlah mencari pendapatan sampingan.

6. Berhenti Buat Hutang Baru.

Berhenti buat hutang baru. Jika dah ada hutang kad kredit RM5K, jangan buat hutang peribadi untuk bayar kad kredit tu. Gali lubang tutup lubang bukan caranya. Menambahkan pening kepala ada la. Jangan bertangguh bayar hutang. Rosak CCRIS nanti mula lah bising.

7. Jangan Membazir.

Jauhkan diri daripada sifat membazir. Bezakan antara barang-barang keperluan dan kehendak. Gaji kau bawah RM3K tapayana pakai kereta import mewah lah. Pakai kereta tempatan sudah. Telefon tu elok lagi tak perlu tukar baru. Baju nak yang berjenama je tak guna kalau bank telefon pun kau tak angkat. Guna sampai habis, pakai sampai rosak.

***



Anak muda biasanya ada hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi. Nak cepat kaya kononnya, main skim cepat kaya, main skim pelaburan emas. Sanggup buat pembiayaan peribadi untuk dapatkan modal. Tengok-tengok melingkup. Apa pun tak dapat. Senang sangat terpedaya.

Dapat dapat gaji jangan duk beli benda tak penting je. Masa zaman muda duk gilakan kereta import mewah, tukar sport rim bagai. Tiap bulan dapat gaji pergi travel. Siap beli GoPro, DSLR bagai.

Cubalah muhasabah sekejap diri tu. Tak guna gaya hidup kau mewah tapi hutang keliling pinggang. Tak guna travel sana sini tapi hutang kawan tak reti nak bayar balik.

Nak kahwin berhutang, nak beli kereta import mewah pun berhutang. Lepastu, bila masa kau nak simpan duitnya? Kah!



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,484 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen