Para Wanita Yang Bakal Bergelar Ibu, Perlu Bertenaga Untuk Menguruskan Rumah Tangga. Ikuti Tips Ini.

 

Tenaga untuk setiap individu amat penting supaya dapat melakukan dalam apa jua perkara. Untuk mereka yang bujang, sudah pasti lebih bertenaga daripada mereka yang lanjut usia. Malah berkemungkinan lebih bertenaga daripada mereka yang sudah berkahwin dan memiliki anak. Oleh kerana itu, semakin banyak komitmen, semakin banyak kita memerlukan tenaga sebenarnya.

Namun, memiliki komitmen yang semakin banyak membuatkan anda tiada masa untuk aktif dan produktif seperti bersenam dan mengubah lifestyle anda menjadi lebih sihat. Jika tidak mengubah lifestyle anda, tidak mustahil akan mendorong anda menjadi tidak bertenaga, tubuh menjadi lesu.

Jadi, bagi kaum wanita yang bakal bergelar ibu, bagaimana mahu mengekalkan tenaga untuk menjaga anak-anak, jika terlalu sibuk dengan kerja di pejabat?

Jika anda sebagai ibu sungguh mudah untuk jatuh sakit, dan tidak mengendahkan kesihatan diri, bagaimana untuk menjaga anak-anak, menyediakan makan minum untuk suami kelak? Dari sini sahaja, anda amat perlu menitik beratkan kesihatan supaya dapat menguruskan rumah tangga tanpa minda bercelaru atau kerisauan.

Maka, anda perlu…

1. Set masa untuk bersenam.

Jangan pandang remeh dengan senaman, walaupun dilakukan dalam rumah sahaja. Bagi kaum isteri yang bekerjaya, anda pasti sudah biasa untuk menguruskan jadual kerja dan seumpamanya, kan? Jadi, mulai dari sekarang, setkan jadual untuk anda bersenam pula. Tidak mampu untuk lakukan setiap hari, setkan masa untuk 3 hari seminggu misalnya.

Atau setkan alarm atau reminder memadai juga, ini menandakan pentingnya senaman dalam kehidupan seharian. Percayalah bila kita rasa ia sesuatu yang penting, pasti kita akan mencipta alasan untuk menangguh.

2. Penjagaan luar dan dalam diri.

Mahu bertenaga, bukan sahaja melalui senaman, menjaga pemakanan juga adalah amat penting kerana ia adalah sumber tenaga untuk harian anda. Jadi, pilihlah makanan yang bernutrisi supaya tubuh badan anda tidak menjadi lesu ketika menguruskan rumah tangga. Bagaimana untuk mengekalkan tubuh badan yang bertenaga? Iaitu dengan memastikan kadar gula dalam tubuh anda stabil.

Makanan yang bernutrisi malah bekalkan tenaga adalah antaranya adalah pisang, kekacang, biskut mentega, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Related image

 

3. Makan secukupnya.

Ini yang paling penting. Jangan pula anda sibuk bekerja, dan hanya mengamalkan makan sehari sahaja, kerana kekangan masa. Dengan amalan sebegini akan menyebabkan anda mudah tertekan kerana tidak cukup makan. Jadi, pastikan anda tidak skip sarapan, ya!

Jika anda gigih untuk bekalkan anak-anak makanan yang sihat setiap pagi, jangan lupa sediakan untuk anda sendiri juga. Anda juga memerlukan makanan yang berprotein tinggi untuk membekalkan tenaga sepanjang hari.

 

Image result for makanan berprotein

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 397,865 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen