Kurang Pengambilan Vitamin D, Menyebabkan Para Wanita Zaman Sekarang Mudah Letih Dan Murung.

 

Kaum wanita yang lebih bekerjaya pada zaman sekarang, kelihatan lebih mudah menjadi letih, murung, hidup menjadi serabut, kondisi kulit wajah yang tidak berseri dan seumpama dengannya. Dengan hanya melakukan kerja di dalam rumah atau pejabat menyebabkan kaum wanita zaman sekarang kurang terdedah dengan cahaya matahari.

Walaupun terikan cahaya matahari kadang-kala menyebabkan anda menjadi dehidrasi, namun cahaya matahari sebenarnya adalah Vitamin secara langsung untuk kulit anda, iaitu Vitamin D. Oleh itu pentingnya untuk anda terdedah dengan matahari sekurang-kurangnya 5-30 minit, antara 10 pagi hingga 3 petang, menurut kajian.

Namun, penting juga penjagaan kulit sekiranya terdedah dengan matahari terlalu lama, iaitu dengan penggunaan sun block.

Sekiranya anda telah berkahwin dan memiliki anak, pentingnya dengan menjaga makanan, dan amalkan makanan yang bernutrisi dan memiliki Vitamin D, seperti;

  • Minyak ikan cod
  • Salmon
  • Tuna
  • Sarden
  • Makarel
  • Kuning telur
  • Hati sapi
  • Jamur kancing
  • Susu
  • Sereal yang diperkaya vitamin D
  • Udang
  • Kaviar

Image result for makanan vitamin d

Jika tidak mengamalkan makanan yang sihat ini, ia akan mendorong anda untuk menjadi;

1. Murung.

Kemurungan dan ketidakstabilan mood boleh dikaitkan dengan beberapa faktor fisiologi dan psikologi. Walaubagaimanapun, terdapat bukti saintifik yang menghubungkan kekurangan vitamin D kepada kemurungan, terutama orang tua. Kemurungan adalah masalah mental yang kompleks yang sebaiknya dirawat dengan bantuan pakar perubatan profesional, tetapi penyelidikan menunjukkan bahawa mengambil suplemen vitamin D mungkin merupakan alat yang berguna dalam mengatasi masalah ini.

2. Letih.

Keletihan boleh disebabkan banyak sebab, tetapi kekurangan vitamin D adalah salah satu daripadanya. Bahkan kajian mendapati bahawa tahap vitamin D yang sangat rendah menyebabkan gejala seperti keletihan kronik dan sakit kepala. Selepas memerhati 200 jururawat wanita, ramai yang mengadu kesakitan. Satu laporan mendapati 89% daripada jururawat sebenarnya kekurangan vitamin D.

3. Sakit Belakang.

Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang, kerana ia membantu badan anda untuk menyerap kalsium dan membina sistem rangka yang kuat. Apabila anda kekurangan sumber vitamin ini, maka anda mungkin mempunyai masalah tulang dan sakit belakang.

4. Rambut Nipis.

Sekiranya anda menyedari bahawa rambut tidak tebal dan subur seperti biasa, ia mungkin disebabkan vitamin D. Walaupun kajian terhadap kesan vitamin D pada keguguran rambut tidak begitu kuat, tetapi ia masih dikaitkan dengan hubungan antara tahap vitamin D yang dan keguguran rambut pada wanita. Tahap vitamin D yang sangat rendah juga boleh menyebabkan Rickets, penyakit yang menyebabkan tulang lembut dan rapuh. Rickets kadang-kadang dikaitkan dengan gangguan kehilangan rambut yang disebut alopecia areata.

Rambut nipis? Pasti menjadi igauan ngeri untuk kaum wanita, kan? Jadi, amalkan pemakanan yang sihat bukan sahaja untuk luaran, untuk dalaman tubuh badan anda juga!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,603 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen