Semasa Bercinta, Jangan Lakukan 10 Perkara Ini – Edisi Pengurusan Kewangan.

 

Semasa bercinta ini bukan masa untuk anda tunjukkan bahawa bagusnya anda dalam kewangan anda. Bukan juga ia masa untuk anda tunjukan pada pasangan anda bahawa anda ini adalah orang yang bijak menyimpan dan memiliki wang yang banyak.

Banyak kemungkinan akan berlaku pada masa depan anda yang tidak akan penah anda ketahuinya melainkan anda telah melaluinya. Maka dengan itu, apabila bercinta ini adalah lebih elok jika anda bersederhana dan bijak menyimpan rahsia terutama dari segi kewanganlah.

Takut-takut jika jodoh anda dan pasangan tidak panjang. Apa-apa pun, mari baca sedikit perkongsian dari Amir Syahir mengenai perkara ini.



Jangan Buat 10 Perkara Ini Semasa Bercinta

**********************************************

Edisi: Pengurusan Kewangan

Jika kau masih muda dan sedang bercinta, sila bercinta secara bersederhana. Jangan terlampau menyayanginya.

Mungkin kau duk jaga jodoh orang. Kalau putus di tengah jalan, karang susah nak move on. Memang dia paling kau cinta tetapi biar berpada-pada. Masa bercinta jangan lebih-lebih serupa kau dah berstatus suami isteri.

***



Jangan lakukan ini jika kau belum sah lagi berkahwin dengan si dia :

1. Jangan beritahu jumlah wang simpanan kau. Karang asyik nak pinjam je kerjanya.

2. Jangan kongsi duit beli kereta. Kau sayang dia setinggi langit pun, jangan tolong bayar deposit kereta dia. Karang kau tahu dia ada orang lain, mula la nak meroyan.

3. Jangan kongsi duit untuk bayar deposit rumah. Kongsi untuk belanja kahwin takpe.

4. Jangan kongsi beli rumah pertama. Lepastu letak nama dia. Last sekali kau yang merana.

5. Jangan berhutang untuk makwe/pakwe. Kau sayang dia pun, tak payah sampai sanggup berhutang untuk dia.

6. Jangan bagi pinjam wang lagi jika hutang pertama dia masih belum langsai.

7. Jangan buat pembiayaan peribadi untuk kenduri kahwin. Nanti anak dah masuk tadika pun belum habis bayar lagi.

8. Jangan jadi penjamin pada hutangnya. Tapayana tunjuk pengorbanan kau sangatlah masa bercinta ni

9. Jangan terima cintanya jika hutangnya bersepah. Jangan bangga sangat kalau pakwe kau ada tiga kad kredit. Entah-entah tunggakan kad kredit dah lebih RM10K.

10. Jangan suka sangat pakwe kau ada kereta Honda City, belum tentu bayaran dia cantik setiap bulan. Derita dia duk bayar setiap bulan, dia belum cerita.

***

Masa bercinta kau tak perlu jadi lilin. Sanggup berhutang sana sini untuk tengok pasangan kau berjaya. Membantu sekadar kau mampu je.

Dah tunang boleh la kau nak tolong sekadar yang mampu. Ini tidak, bercinta baru sebulan tetapi dia dah minta tolong macam-macam.

Tiap bulan pinjam duit kau. Macam-macam alasan dia bagi. Mak cik sepupu dia meninggal lah, adik kawan Wechat dia masuk hospital lah.

Karang kena tipu karang mula la duk cakap lelaki semua sama. Padahal kau mudah tertipu dan ditipu. Pujuk rayu sikit dah goyang. Kah!

Share | Tag jika bermanfaat 😊

[ASY]

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,409 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen