Pengambilan Multivitamin, Perlu Atau Tidak Untuk Dapat Tubuh Badan Yang Sihat?

 

Rata-rata orang berpendapat untuk memiliki tubuh badan yang sihat, kulit yang cantik serta dijauhi dari penyakit adalah dengan melalui pengambilan makanan tambahan seperti vitamin ke dalam tubuh badan kita. Sebab itulah, pelbagai jenis vitamin yang terdapat di pasaran tidak kiralah vitamin E, vitamin C, multivitamin dan pelbagai lagi.

Adakah kesemua vitamin ini perlu dimakan oleh setiap orang yang ingin memiliki tubuh badan yang sihat? Ataupun, vitamin ini hanya perlu dimakan bagi mereka yang mengalami masalah tertentu?

Sudah pasti ramai yang ingin memahami perkara sebegini dengan lebih jelas. Mana tidaknya, jika tersilap makan atau ambil ia hanya akan memudaratkan diri sendiri sahaja. Berikutan itu, mari ikuti perkongsian daripada Pakar pemakanan Fizah Sobri mengenai perkara ini.



MULTIVITAMINS

Perlu ke tak perlu?

Kita tengok berapa situasi di bawah?

Situasi 1.

Seorang ibu mengandung. Kerap merasa loya, muntah dan kurang selera makan akibat hormon mengandung. Bila ada selera tak dapat nak habiskan satu hidangan sebab baby yang makin besar dalam rahim makin menekan perut makin kurang ruang untuk makanan
Perlu ke tidak multivitamin?

Ya...

Situasi 2.

Bayi berusia 8 bulan kurang makan..berat badan naik perlahan..aktif bergerak sini sana..tiada sakit (contoh demam,selesema,batuk) dalam tempoh 3 bulan..
Perlu ke tidak multivitamin

Tidak

Situasi 3.

Seorang lelaki berusia 30an. Sihat tiada penyakit. Selera makan ok..boleh habis 2 pinggan kalau nak cuma kurang makan sayur dengan buah. Kurang aktif bersukan..adalah seminggu sekali..
Perlu ke tidak multivitamin?

Tidak

Situasi 4.

Seorang pakcik berusia 65 tahun. Jalan bertongkat atau perlahan sebab dah sakit sendi dan tulang. Tak dapat nak makan seperti biasa sebab kurang selera makan. Tiada masalah kesihatan kecuali darah tinggi.
Perlu ke tidak multivitamin?

Ya..




Keperluan Multivitamin perlu ikut situasi

Tidak semua memerlukan multivitamin

ELOK AMBIL DARI SUMBER SEMULAJADI

Tahukah anda?

1 biji kiwi sehari ATAU
2 biji oren
DAH CUKUP Keperluan vitamin C sehari

2 -3 cawan susu biasa (belum lagi yang tinggi kalsium)
DAH CUKUP Keperluan kalsium sehari

Campuran
satu hidangan steak atau
3 ketul ayam
4 senduk sayur hijau dimasak dan
2 mangkuk bijirin (iron fortified)
DAH CUKUP Keperluan zat besi sehari

Baik makan sedap dari telan ubat kan..

Yang penting makan secara sihat dan seimbang.

Ikut konsep #sukusukuseparuh baru boleh dapat keperluan zat semua.

Pssst saya tak anti multivitamin tau...cuma ikit keadaan sahaja..bukan semua orang perlu

Sekian

Dietitian fizah
#dietitianfizah



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,527 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen