"Jangan Halang Isteri Untuk Berbakti Kepada Orang Tuanya" -Ikuti Kisah Ini.

 

Ramai yang beranggapan bahawa apabila mengawini seseorang itu, maka kita perlu membawa dia jauh dari ibu bapanya. Sedangkan, perkara yang sepatutnya berlaku adalah apabila berkahwin dengan seseorang itu, anda perlu menerima dirinya serta seluruh ahli keluarganya. Tidak kiralah baik atau sebaliknya mereka itu.

Jangan sesekali , menjauhkan ibu bapa mertua dengan pasangan kita, hal ini kerana anak-anak anda sedang melihat setiap perbuatan anda. Jadi contoh yang baik untuk anda bahkan jadi pasangan yang memahami. Setiap anak ini tidak akan pernah lupakan ibu bapanya walaupun sebahagia mana mereka bersama anda.

Oleh itu, jangan pernah halang untuk mereka pulang ke kampung melihat ibu bapa mereka dan juga berbakti untuk insan yang mendidik mereka dengan baik. Mari ikuti sedikit perkongsian dari saudara Firdaus Shakirin ini.



"Jangan halang isteri untuk berbakti kepada orang tuanya"

Pagi tadi lpas balik daripada beli sarapan, nampak wife tengah urut kaki mak dia...suasana dan keadaan yang selalu saya nampak bila balik rumah mertua...

Ibu mertua saya ni ibu tunggal...

Mertua sakit lutut dah lama, kesan daripada dia accident dulu...so cecair kat lutut dia tu dah kurang, bila berjalan banyak, dia akan sakit...dalam rumah mertua, merata tempat ada kerusi, untuk dia berhenti berehat sekejap setelah berjalan...dia jalan pun terhincut2...berdiri lama pun tak bleh...

Memasak guna kerusi, mandi guna kerusi, solat pun guna kerusi...

Doktor nak operate lutut dia tu, dia tak nak sebab dia kata dah tua, biarlah macam tu ja...saya bawak dia keluar p mana2, suh dia duduk atas kerusi roda pun dia tak nak...malu...so, saya pimpin dia sambil berjalan...

Kadang2 bila saya baca luahan isteri yang dilarang berbakti kepada orang tua mereka, saya rasa hairan...kenapa perlu larang isteri dari berbakti kepada orang tuanya? Selagi orang tuanya tidak menyuruh isteri menyekutukan Allah, selagi tu dia juga berhak taat kepada orang tuanya...



Bagilah peluang isteri untuk jadi anak yang baik...

Walaupun dia perlu taat lebih kepada suaminya, tapi tak perlu kot kita nak menghalang dia daripada berbakti dan balas budi orang tuanya atas alasan tu...ada juga menantu lelaki yang jarang balik umh mertua, jarang bawak isteri balik...kalau balik pun, duduk tak lama dan suka buat muka macam tak seronok duduk di rrumah mertua...

Anggap mertua tu macam ibubapa kita sendiri...

Saya tak penah anggap mertua saya sebagai orang asing...balik umh dia, nampak rumah tak terurus, kotor, saya faham...sebab keadaan dirinya itu tak mengizinakan dia untuk kemas rumah, sapu sampah dan sebagainya...so, bila saya dengan wife balik, kami kemas smua bagi bersih, then beli barang-barang stock untuk sebulan...

Next month balik plak...

Topup lagi brg-barang-barang dia, kemas lagi rumah dia dan bawak dia jalan2, p makan sedap2...masa orang tua dia hidup la kita nak isteri kita berbakti, balas budi insan yang membesarkan isteri kita sehingga kita berjumpa dan dapat berkahwin dengan isteri kita...

Berapa lama sangat masa yang isteri kita ada untuk buat semua tu?

Agak tidak adil untuk HANYA menerima isteri dan tidak mahu menerima mertua...jangan sesekali menghalang isteri daripada berbakti kepada orang tuanya...selagi diorang masih hidup, selagi itulah diorang menjadi lubuk pahala untuk isteri kita dan juga kita...

Kecik hati isteri jika kita yang jadi suami ni, menjarakkan hubungan dia dengan keluarganya...itu ibubapanya, bukan orang lain...kenapa perlu memisahkan mereka? Layan mereka sama seperti ibubapa sendiri...

Semoga perkongsian ini membuka mata kita untuk lebih rapat lagi bersama keluarga mertua kita. Siapa pasangan kita hari ini adalah hasil didikan ibu bapa mereka. Jadi anggap ibu bapa mertua itu sama seperti ibu bapa kita sendiri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 446,650 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen