Ketahui 6 Warna Menjadi Pilihan Bakal Pengantin.

 

Pemilihan warna serta baju yang bersesuaian amatlah penting buat mereka yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan tidak lama lagi. Pelbagai warna sudah tentulah akan menjadi pilihan, bahkan ia juga akan membuat anda rambang mata untuk memilih warna mana yang bersesuaian dengan anda. Tidak cukup dengan itu, anda inginkan warna yang sesuai dengan trend masa kini.

Rata-rata trend masa kini, memilih warna lembut untuk digayakan pada hari bersejarah tersebut. Hal ini kerana, warna ini akan menyerlahkan lagi keanggunan anda serta membuat anda kelihatan lebih manis. Jadi warna yang bagimana sesuai untuk majlis persandingan atau pernikahan? Berikut adalah warna-warnanya.





1. Soft pink.

Pemilihan warna ini akan membuat si pemakai tampil lebih manis dan menyenagkan. Bahkan ia juga kelihatan lebih anggun bagi pengantin wanita manakala kelihatan lebih menawan jika dikenakan oleh pengantin lelaki. Warna yang lembut ini akan membuatkan anda tidak jemu dipandang oleh tetamu yang hadir.



2. Lilac grey.

Warna ini termasuk dalam warna klasik dan tradisional, namun masih memiliki rasa edgy di dalamnya kerana ia menggabungkan antara warna terang, lilac dan kelabu. Eksklusiviti warna ini mampu membangkitkan mood mewah dan classy buat pengantin.



3. Iced coffee.

Warna transisi yang neutral ini memiliki kesan sederhana, lembut dan halus. Terlihat lebih eksentrik dengan suntikan warna ini buat si pemakai. Sesuai buat mereka yang inginkan sesuatu kelainan di majlis perkahwinan.





4. Rose quartz.

Warna rose quartz ternyata memberi kesan yang lebih romantis. Warna pastelnya membiaskan aura jelita yang tiada tara selain menghasilkan gaya pengantin yang anggun dan feminin. Warna ini juga bakal memberi kesan yang elegan dan eksklusif.



5. Limpet shell.

Warna yang terkesan bersih, segar dan moden ini sesuai buat pengantin yang menggemari warna pastel. Sesuai digayakan di majlis akad nikah mahupun persandingan, warna lembut ini bakal menyerlahkan penampilan pengantin.



6. Sky blue.

Warna yang mula mejadi kegemaran ramai kerana kelihatan begitu menenagkan dan anggun apabila dipakai. Bahkan ia juga sesuai untuk digantikan dengan warna putih yang kerap kali menjadi pilihan tema buat pernikahan. Warna yang lembut tapi ia mampu memukau orang yang melihatnya.

Mencari warna yang mampu menyerlahkan anda bukanlah satu yang mudah untuk dilakukan. Maka dengan itu, anda perlu teliti setiap jenis warna yang mana bersesuaian dengan anda dan juga bakal pasangan anda nanti.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen