Pertimbangkan 5 Perkara Ini Ketika Ingin Membeli Cincin Yang Tepat.

 

Selain adat perkahwinan dan majlis perkahwinan, cincin juga memainkan peranan yang tersendiri dalam menyatukan dua hati. Mana tidaknya, cincin ini dikatakan sebagai mengikat pasangan malah ia juga dikatakan sebagai tanda bahawa si dia itu kepunyaan anda. Sebab itulah dalam setiap majlis bertunang, merisik serta pernikahan ini adanya cincin sebagai tanda dan penyeri majlis tersebut.

Cincin ini mempunyai pelbagi jenis reka bentuk dan corak dari yang ringkas hinggalah yang agak berlebihan. Setiap daripada cincin tersebut pastilah akan membuat bakal pengantin pening kepala untuk memilih mana yang bersesuaian dengan dirinya.

Jadi untuk mengelakkan tersilap pilih atau rasa tidak bersesuaian pula dengan cincin yang dibeli nanti, anda perlu lihat 5 perkara ini dahulu sebelum membuat pilihan. Berikut adalah perkara yang perlu dititikberatkan.



1. Emas putih atau emas kuning.

Emas ini terbahagi kepada dua pilihan, sama ada emas putih ataupun emas kuning. Setiap emas ini mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Jika anda memilih berwarna kuning ia akan lebih kelihatan klasik dan mempunyai sentimental value. Manakala jika anda memilih emas putih, ia akan kelihatan trendy dan bergaya. Tapi apa yang paling penting adalah kesesuaian warna tersebut dengan anda bahkan keselesaan anda apabila menyaruh emas pilihan hati anda.

2. Kesesuaian cincin dan bentuk tubuh.

Setiap orang mempunyai saiz jari yang berbeza. Ada yang bersaiz runcing, lebar, besar mahupun kurus. Jadi setiap pemilihan cincin ini akan memberi kesan kepada kesesuaian pada jari anda. Jadi jangan lihat bahawa ianya cantik sahaja. Apa yang perlu anda tahu adalah, emas putih ini bersesuaian dengan semua orang dan warna kulit. Manakala, emas kuning ini pula akan lebih bersesuaian dengan mereka yang berkulit cerah.



3. Berbincang dengan pasangan.

Dalam soal pemilihan cincin ini jangan membuat keputusan yang terburu dan hanya mengikut kehendak hati anda. Apa kata anda cuba sarungkan kedua-dua emas tadi ditangan anda dan meminta pendapat pasangan anda. Jangan hanya kerana anda sudah tertarik dengan pilihan anda, lalu mengabaikan pandangan dari pasangan anda. Nanti akan timbul salah faham pula.





4. Pastikan cincin sesuai dengan aktiviti harian anda.

Pilih cincin yang bersesuaian dengan aktiviti harian serta perkerjaan anda. Cuba anda teliti dahulu jika anda memilih cincin tersebut, anda ia akan mengganggu aktiviti harian anda, ataupun sebaliknya. Bahkan anda juga perlu memikirkannya bahawa anda akan memakainya setiap hari atau anda akan menyimpannya selepas selesai majlis. Mana tidaknya, pemilihan cincin yang tidak bersesuaian hanya akan membuatkan anda rasa tidak selesa sahaja nanti.



5. Bajet.

Perkara yang paling anda perlu lihat dan titikberatkan dalam pembelian cincin ini adalah bajet yang akan dikeluarkan oleh bakal suami anda. Jika anda memilih cincin mengikut citarasa anda sekali pun tapi ia tidak sesuai dengan bajet yang akan dikeluarkan pasti ia hanya akan mematahkan hati anda sahaja. Jadi adalah lebih baik anda berbincang dengan pasangan anda mengenai bajet yang akan diberikan kepada anda agar anda boleh memilih cincin yang bersesuaian.

Pentingkan 5 perkara ini terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang keputusan. Hal ini kerana, langkah-langkah ini dapat mengelakkan berlaku salah faham antara anda dan juga pasangan anda nanti. Bahkan ia juga mengelakkan rasa tidak puas hati anda sendiri.



Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,875 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen