Apakah Hukum Mertua Berkahwin Dengan Mertua? Jom Baca!

 

Soalan:

Apakah hukum mertua berkahwin dengan mertua?

Jawapan:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Kami berikan contoh situasinya di sini:

Situasi 1: Ahmad dan Aminah berkahwin. Kemudian, bapa kepada Ahmad iaitu Ali (mertua isteri) pula berkahwin dengan ibu kepada Aminah iaitu Fatimah (mertua suami).

Situasi 2: Ali dan Fatimah (bapa kepada Ahmad dan ibu kepada Aminah) berkahwin terlebih dahulu. Kemudiannya Ahmad dan Aminah (anak tiri mereka) pula berkahwin.

Perkahwinan antara mertua dengan mertua sah dan harus samada ianya berlangsung ketika perkahwinan anak menantu mereka masih kekal atau setelah keduanya bercerai. Begitu juga perkahwinan ini sah dan harus samada ianya berlangsung ketika perkahwinan orang tua mereka (Ali dan Fatimah) masih kekal atau setelah mereka bercerai.

Syeikh al-Bujairimi rahimahullah berkata;

أَنَّهَا لَا تَحْرُمُ بِنْتُ زَوْجِ الْأُمِّ وَلَا أُمُّهُ وَلَا بِنْتُ زَوْجِ الْبِنْتِ وَلَا أُمُّهُ وَلَا أُمُّ زَوْجَةِ الْأَبِ وَلَا بِنْتُهَا وَلَا أُمُّ زَوْجَةِ الِابْنِ وَلَا بِنْتُهَا وَلَا زَوْجَةُ الرَّبِيبِ، لِخُرُوجِهِنَّ عَنْ الْمَذْكُورَاتِ

“Sesungguhnya tidak haram bernikah dengan anak perempuan suami emak (adik beradik tiri), tidak juga haram dengan emak suami emak (nenek tiri), tidak juga haram dengan anak kepada suami anak (anak tiri kepada anak),

tidak juga haram dengan emak suami anak (mertua kepada anak), tidak juga haram dengan emak isteri bapa (nenek tiri), tidak juga haram dengan anak perempuan isteri bapa (adik beradik tiri), tidak juga haram dengan emak isteri kepada anak (mertua kepada anak),

tidak juga haram dengan anak kepada isteri anak (anak kepada tiri kepada anak) dan tidak juga haram dengan isteri kepada anak tiri kerana mereka itu terkeluar daripada mereka yang disebutkan haram bernikah.”

(Lihat Hashiah al-Bujairimi ‘ala al-Khatib, 3/423)

Manakala bagi kedudukan mereka dalam kekeluargaan pula, mereka terikat dengan hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh syara’ seperti hal-hal berkaitan dengan mahram, harta pusaka, wali dan lain-lain.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,186 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen