“Suami Out Station, Isteri Tertekan…” Jom Ikuti Tips PJJ Untuk Suami Isteri.

 

Untuk pasangan yang baru sahaja berumah tangga, dan sukar untuk duduk sebumbung, pasti agak menyeksa jiwa dan raga. Tanggung jawab terhadap kerja juga tidak boleh diambil remeh kerana masing-masing mahu mencari rezeki untuk keluarga. Membina keluarga dalam keadaan Perhubungan Jarak Jauh (PJJ)ini memang memerlukan kekuatan fizikal dan mental.

Tetapi ada sahaja pasangan suami isteri yang tidak kuat, mengakibatkan isteri menjadi tertekan kerana jauh dari suami tercinta. Jadi, bagaimana untuk mencari hikmah dari PJJ ini? Dan bagaimana untuk hidup tenteram saat hidup berjauhan?

Jom cuba ikuti tips ini…

UNTUK PARA SUAMI…

1. Jangan tunjuk kegembiraan.

Suami perlu berkongsi perasaan sedih bersama isteri taktala berjauhan dengannya. Kadang-kala si suami seperti tidak dapat menyorok perasaan terujanya pada riak wajahnya yang mengakibatkan si isteri merajuk ketika suami out station.

Suami dah jauh, baru nak suruh pujuk. Macam mana tu?

2. Tahu keperluan isteri sebelum pergi.

Kadang-kala si suami memandang ringan tentang perkara ini kerana mereka asyik memikirkan keperluan mereka sahaja apabila berjauhan. Jangan tidak ambil peduli dengan keperluan isteri, ya! Beli dan berikan barang keperluan isteri terdahulu, tanya mereka apa yang mereka perlukan, supaya tidak meminta simpati atau tolong pada orang lain. Nanti timbul pula perasaan cemburu.

3. Beritahu kepada isteri keperluan anda.

Malah jangan lupa untuk memberitahu isteri anda tentang keperluan anda juga pada si dia. Pasti isteri anda sedikit sebanyak akan menolong untuk packing, walaupun jauh dari sudut hatinya berasa sedih.

4. Ringankan mulut untuk luah kata cinta semasa pergi.

Semasa bercinta setiap hari pasti mengungkapkan kata cinta, dah kahwin sukar pula untuk menyebutnya. Jangan malu, jangan segan, hari-hari ‘I Love You’ pun tak apa. Dah kahwin kan.

5. Usah biar dia risau.

Kaum lelaki ini juga kadang-kala sering merisaukan hati isteri kesayangannya. Tidak tahu apa yang susah sangat nak hantar pesanan ringkas walaupun dalam beberapa minit dan saat. Jangan lupa untuk hubungi mereka apabila sudah sampai ke destinasi. Nanti merajuk pula si isteri.

6. Dapatkan isteri dahulu.

Ini yang paling penting, pulang sahaja dari out station, utamakan isteri anda untuk menghargai dan hormati dirinya. Jika memang benar si isteri free nak jemput di airport, biarkan mereka menjemput anda. Kalau nak balik rumah, terus balik rumah jumpa isteri dahulu.

UNTUK PARA ISTERI PULA….

1. Kongsi perasaan bangga dengan suami.

Apabila mendengar sahaja berita si suami perlu out station berhari-hari di luar sana, isteri mana sahaja tidak gelisah, kan? Jangan tunjuk sangat riak wajah anda yang sedih dan risau itu, nanti terpaksa cancel pula. Rezeki juga perlu dicari, sokong suami anda, ya!

2. Jangan terlalu banyak meluahkan perasaan risau.

Apabila si isteri terlalu risau, riak wajahnya pasti tidak dapat disembunyikan, dan secara tidak langsung terus meluahkan perasaan risaunya berkali-kali. Jangan! Takut jadi doa pula. Doakan yang baik-baik untuk suami anda, dan sering bertanyakan bagaimana hari-harinya di tempat orang itu. Cari topik menarik.

3. Whatsapp jika rindu.

Memang si suami mengatakan tidak kisah jika si isterinya sentiasa menghubunginya. Akan tetapi jangan pula terlalu kerap nak call, whatsapp sahaja memadai. Hantar gambar anda sendiri, gambar lucu, gambar throwback dan seumpama dengannya untuk mengeratkan hubungan.

4. Ingatkan dirinya dengan pesanan ringkas.

Si isteri yang tidak penat berceloteh pasti akan bercakap tanpa henti dan tidak menghiraukan perasaan si suami. Jika anda mempunyai pesanan barang untuk dibeli, sediakan ‘note’ untuk si suami, supaya mereka mudah ingat.

5. Sentiasa berdoa keselamatannya.

Setiap lelaki yang berjaya, adanya wanita yang menyokongnya dari belakang. Jadi, jangan jemu berdoa untuk suami anda.

6. Menyambut dengan senyuman apabila dia pulang.

Dan yang paling penting untuk si isteri adalah untuk menyambut kepulangan suami dengan senyuman. Jika terdapat perkara yang merunsingkan anda pada ketika dan saat itu, tunggu suami anda dalam keadaan yang bertenang. Beri mereka ruang dan nafas, kemudian luahkan sahaja perasaan runsing anda itu.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 399,039 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen