Isteri Jangan Terlalu Berdikari Sehingga Tidak Minta Tolong Dari Suami.

 

Dalam rumah tangga, seharusnya pasangan suami isteri saling bantu-membantu dalam mengendalikan sesuatu perkara. Ini kerana pasangan suami isteri tercipta untuk saling melengkapi antara satu sama lain, bukannya hidup seperti bujang dulu kala.

Si suami jangan terlalu membiarkan si isteri berdikari, nanti si suami tidak menjalankan tanggung jawabnya sebagai pemimpin.

Si isteri pula jangan terlalu berdikari, seolah-olah anda tidak mempunyai suami, padahal dia lah orang terdekat untuk anda boleh meminta pertolongan.

Masing-masing perlu tahu peranan dan tanggung jawab masing-masing. Pasangan suami isteri adalah satu pasukan, bukan individual lagi.

Jom ikuti perkongsian dari saudari ini….

********

BELAJAR MINTA TOLONG SEBAB KITA BUKAN SUPERMOM

Dulu masa anak pertama, saya cuba buat semua sendiri. Langsung tak nak mintak tolong suami.

Kita ni kononnya SUPERMOM, boleh buat semua benda sendiri.

Niat di hati tak nak susahkan sesiapa. Terutamanya suami. Kesian dia balik kerja penat-penat, kita nak minta tolong itu ini.

Jadilah kita sotong walaupun tangan dua. Berkejar buat semua kerja. Dari tukar pampers anak, sampailah urusan kerja rumah

Akhirnya saya jadi stress dan kecewa dengan diri sendiri sebab tak dapat buat semua..

Mak-mak sekalian,

Kita bukanlah supermom yang ada kuasa luar biasa. Kita manusia biasa. Kemampuan kita terbatas. Sampai tahap, kita akan rasa penat. Sampai tahap kita akan rasa letih. Fizikal sakit, emosi tak stabil.

Jadi jangan cuba jadi supermom sebab kita bukan supermom. Kita kena belajar mintak tolong orang lain.

Nak mintak tolong siapa?

TOLONG TOLONG. Mintalah tolong suami kita....

Suamilah orang yang paling dekat dengan kita....

Suamilah teman paling rapat yang kita ada sekarang....

Suamilah tempat yang sepatutnya kita berkongsi beban mengurus rumahtangga....

Suamilah orang yang paling layak membantu kita saat ini....

Mungkin ada yang rasa berat mulut nak minta tolong dengan suami. Sebab orang lelaki ada egonya. Kita pulak banyak ragamannya.

Jadi cuba apply seni minta tolong dengan suami:

1) Ringankan mulut untuk minta tolong. "Abang, boleh tak tolong.."

2) Maniskan mulut masa minta tolong. "Sayang suka kalau abang boleh tolong.."

3) Puji pertolongan suami. "Pandainya abang drill dinding ni. Boleh la kita hias cantik2."

4) Ucap terima kasih. "Terima kasih abang sebab tolong.."

Suami manusia, kita pun manusia. Dua2 ada kemampuan terbatas. Jadi, beban rumahtangga kalau dikongsi berdua, Insya Allah akan jadi lebih ringan. Dua2 senang hati

********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 462,811 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen