Para Ibu Bapa Perlu Memastikan Tumbesaran Anak Yang Baik Melalui 8 Perkara Ini.

 

Menurut kajian, tempoh tumbesaran anak-anak kecil seawal 5 tahun adalah tempoh dimana otak mereka berkembang dengan pantas. Mereka cepat menangkap atau keupayaan meniru perbuatan dan percakapan orang dewasa dengan cepat. Jadi para ibu bapa, hati-hati dengan kelakuan anda melalui 8 perkara ini…

1. Masa Bermain.

Masa bermain sangat penting untuk kanak-kanak. Waktu bermain dapat membantu otak mereka untuk berkembang dan menjadi lebih kreatif. Biarkan mereka dengan dunia imaginasi mereka.

2. Elakkan Bergaduh Di Hadapan Kanak-Kanak.

Minda anak-anak mudah menyerap. Mereka cepat meniru apa yang mereka dengar dan lihat. Dalam jangka masa panjang, pergaduhan yang berlaku di hadapan mereka juga boleh menjadikan mereka risau dan rasa tidak selamat.

3. Berhenti Membandingkan.

Setiap kanak-kanak itu unik. Mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Dalam sekian ramai anak-anak, pasti ada yang jenis banyak cakap, yang kurang bercakap, yang rajin, yang kurang rajin. Usah bandingkan kekuatan dan kelemahan mereka secara berlebihan. Menasihati itu perlu tetapi jangan sampai merendah-rendahkan mereka.

Apabila anda membandingkan mereka dengan kanak-kanak yang lain secara melampau, hati kecil mereka boleh tercedera. Lama kelamaan, mereka boleh hilang keyakinan diri kerana selalu merasakan bahawa mereka tidak dapat mencapai standard atau kemahuan ibu bapa.

4. Ajar Mereka Bagaimana Emosi Negatif Boleh Membantu.

Kanak-kanak juga boleh terdedah dengan emosi yang negatif dalam kehidupan seharian. Ia suatu perkara yang normal. Contohnya kalah dalam acara sukaneka di sekolah, tidak dapat menyaingi kejayaan adik beradik yang lain dalam peperiksaan dan sebagainya.

Ajar mereka untuk mengurus emosi sedih yang dirasai dengan sebaiknya. Fahamkan mereka bahawa kekalahan bukan semestinya sesuatu yang buruk, peluang untuk mencuba lagi sentiasa ada. Bantu supaya semangat mereka naik semula.

5. Meraikan Usaha.

Kita faham bahawa kudrat kanak-kanak tidak seperti orang dewasa. Kadang-kadang suatu perkara yang mereka lakukan memang tidak akan sempurna contohnya, mengelap air yang tumpah, menyusun buku atau melipat pakaian. Namun raikanlah cubaan mereka untuk membantu. Puji usaha mereka. Perkara ini akan membantu mereka untuk lebih yakin diri apabila melakukan sesuatu kelak.

6. Ajar Erti Tanggungjawab.

Tanggungjawab bukan hanya untuk orang dewasa. Kanak-kanak juga sudah boleh diajar tentang tanggungjawab. Contohnya mereka perlu mengaku salah apabila melakukan kesalahan, jika ada kesilapan dengan rakan, mereka perlu belajar meminta maaf.

Jika ada tugas atau kerja rumah yang diberikan, biarkan mereka melakukannya sendiri. Pengawasan yang berlebihan akan membuatkan mereka merasa bahawa mereka tidak diberi kepercayaan yang sepenuhnya untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

7. Cipta Memori Yang Menggembirakan.

Apa memori masa kecil yang paling anda ingati? Jika memori tersebut adalah memori yang menggembirakan, pasti ada masih boleh merasa manisnya. Memori beginilah yang akan mengukuhkan ikatan dengan anak-anak. Sekalipun mereka akan meningkat dewasa kelak, dan berjauhan dari keluarga, ingatan yang manis akan tetap mendekatkan.

8. Kekalkan Tradisi Keluarga.

Sesetengah keluarga mempunyai tradisi seperti makan malam bersama, sambutan hari keluarga, sambutan hari kelahiran dan sebagainya. Tradisi sebegini dapat mengukuhkan ikatan dengan ahli keluarga sekaligus meningkatkan rasa percaya. Keluarga akan menjadi tempat rujukan jika ada apa-apa masalah terjadi kelak, dan kepentingan institusi keluarga juga tidak akan diketepikan.

Kanak-kanak adalah aset kehidupan jangka masa panjang. Kanak-kanak yang membesar dengan sihat kelak akan menjadi insan yang mampu berfungsi dengan baik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat keseluruhannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,873 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen