Jika Isteri Tunjukkan 7 Sikap Ini, Bermakna Dia Kurang Mendapat Perhatian Daripada Suaminya.

 

Salah satu perkara yang membuatkan seorang wanita berasa sedih adalah apabila suami kurang memberi perhatian pada dirinya. Isteri biasanya tidak akan berterus terang tentang perkara ini pada suami sebaliknya dia akan meluahkan rasa hati melalui tindakan atau sikapnya. Jika isteri memperlihatkan 7 sikap ini anda berkemungkinan besar sudah mengabaikan dirinya dan harus kembali mencari masa memberi perhatian pada si dia.



1.  Kelihatan cemburu.

Dia mula memperlihatkan sikap cemburu pada kerja dan rakan-rakan anda kerana merasakan dirinya tidak lagi jadi keutamaan.

2.  Tidak lagi minta bantuan atau pendapat.

Jika dulu isteri selalu meminta pertolongan melakukan kerja atau sekadar meminta pendapat tapi kini tidak lagi. Mungkin kerana dia sudah terbiasa dengan ketiadaan anda di sisinya.

3.  Pakai cantik di rumah.

Apabila isteri mengenakan baju yang cantik walau pun sekadar berada di rumah itu bermakna dia mahu mendapat perhatian dari anda. Dia perlukan perhatian dari suaminya.



4.  Besarkan perkara remeh.

Isteri kompelin tentang sikap anda yang sebelum itu langsung tidak mendatangkan masalah pada dirinya. Ini tanda ada sesuatu yang isteri tidak puas hati tentang diri anda.

5.  Selalu kata rindu.

Ini memang petanda yang jelas isteri kurang perhatian dari suami. Bermakna anda memang perlu meluangkan masa untuk dirinya.

6.  Anda mula stalk laman sosial isteri.

Anda berbuat demikian kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dia dengan isteri. Daripada menyiasat di laman sosial adalah lebih baik menghubungi atau menghantar mesej bertanya khabar dirinya.



7.  Anda suami isteri tidak tidur pada waktu yang sama.

Berdua di kamar sebelum tidur adalah waktu terbaik untuk suami isteri berbicara tanpa gangguan. Jika anda dan isteri masuk tidur pada waktu berbeza mana mungkin memperoleh waktu ini.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 315,454 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen