Dalam Rumah Tangga, Suami Isteri Perlu Cuba Untuk Jangan Besarkan Sesuatu Masalah.

 

Dalam membina bahtera perkahwinan, pasangan suami isteri haruslah tahu mengendalikan masalah dalam rumah tangga. Oleh sebab itu, setiap pasangan perlu tahu apa niat mereka untuk berkahwin sebenarnya? Jika untuk mengendalikan masalah kecil pun tidak lepas, bagaimana untuk mengendalikan masalah yang kian besar dalam perkahwinan yang sentiasa mencabar ini?

Whatsapp bluetick kena marah…

Tak jawab panggilan satu minit kena marah…

Pulang lewat dari pejabat kerana dapat kerja last minute kena marah juga…

Tak bagi hadiah kena marah…

Tak bagi kata-kata semangat kena marah…

Tak memujuk kena marah…

Semuanya serba tidak kena pada pandangan mata anda.

Dalam rumah tangga, suami isteri perlu bijak, bukan pandai sahaja, tetapi perlu BIJAK menangani semua segi masalah termasuklah masalah kewangan, kesihatan, pekerjaan, emosi pasangan, anak-anak dan banyak lagi. Kerana anda dengan pasangan akan menempuh hidup bersama bukannya sementara, tetapi selamanya.

Kecuali anda berkahwin memang niat untuk sementara sahaja. Buat salah, buang?

Jangan begitu, jom ikuti perkongsian dan nasihat dari saudara ini mengenai kehidupan dalam rumah tangga, yang penuh dengan onak dan duri berliku…

********

Kejayaan adalah untuk mereka yang memahami bentuk ujian yang datang, dan seterusnya bertindak sesuai dengan ujian yang dihadapinya itu.

Sabar dan redha, itu latihannya.

Jadi, dalam Rumahtangga, cuba jangan membesarkan masalah, tetapi mengecilkannya dengan SABAR dan REDHA!

Saya dah cuba, alhamdulillah. Lapang skit dada.

Inilah jalan yang Tuhan dah sediakan buat kita.

********

Ramai yang nak berumahtangga kerana membayangkan banyak perkara yang seronok dan best saja.

Berlarian di tepi pantai.

Bermain jet skit.

Kemudian penat minum air kelapa, di buai mainan ukelele.

Mereka lupa rumahtangga bukan kedai makanan segera yang ada pilihan menu, dan juga waktu harga rendah untuk membeli.

Rumahtangga adalah tempat yang kita tidak boleh hidup ikut suka.

Hidup untuk seorang diri saja.

Hidup memuaskan nafsu dan kehendak semata-mata.

********

Rumahtangga adalah ujian terakhir buat manusia.

Berjaya atau gagal, terpulanglah pada setiap kita yang berusaha untuknya.

Rumahtangga adalah seperti sebuah perjalanan yang tidak diketahui akan rupa kembaranya di hari-hari seterusnya.

Sentiasa memberi dan percaya,

itulah sumber kekuatan dua insan,

Yang cinta mereka itu semata-mata kerana DIA

********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,396 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen