“Asyik Ikut Cakap Orang, Sampai Terabai Kewangan Sendiri..” Jom Lihat Antara Situasi Yang Menyebabkan Anda Berhutang.

 

Menjadi anak muda zaman sekarang memang terlalu mudah dan cepat terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Lebih-lebih lagi zaman sekarang dikelilingi oleh teknologi canggih, hebat dan terkini. Setiap gerak-geri kita juga sering dipertontonkan di sosial media, dimana jika anda membeli sesuatu pasti mahu menunjuk di facebook mahupun instagram.

Situasi begini yang menyebabkan anda terlalu mengikut trend, dan terlalu mengikut cakap netizen atau masyarakat. Semuanya dilakukan dengan nafsu semata-mata, tanpa mengukur baju di badan sendiri.

"Kalau tak ikut trend, nanti ketinggalan zaman pula…"

Jom lihat antara contoh yang sering berlaku dalam situasi harian;

********

1. "Eh, kau naik Viva je? Kau tu jurutera kot. Gaji pun lebih RM4K. Tukar la kereta baru. Apa kata orang nanti. Tak kerlass giteww."

Terus tukar kereta Honda City tanpa berfikir panjang.

2. "Takkan dah kerja nak pakai telefon lama lagi. Sekarang ni semua orang pakai iPhone. Tak up to date langsung kau ni. Tukarlah. Nanti apa orang kata".

Terus pergi beli IPhone 8.

3. "Kau kerja hebat kot. Berpangkat. Gaji besar. Takkan nak makan kedai mamak je. Apa orang cakap tengok kau makan tempat gitu. Tempat paling cikai untuk kau sekurang-kurangnya hotel."

Hari-hari makan kat hotel, restoran mewah. Siap update dekat Insta lagi.

4. "Kahwin nak buat biasa-biasa je ke? Hantaran RM5K? Harga lembu pun RM6K. Ke ada apa-apa ni? Nanti bagi hantaran murah, majlis simple, apa pulak orang kampung kata. Kawan-kawan pula mesti pandang lain macam je."

Terus mintak bakal suami sediakan hantaran RM15K.

5. "Kau dah grad. Dah ada kerja bagus. Bila nak beli kereta? Motor ni sejak kat kolej lagi. Kau tak malu ke? Bila hujan kena berhenti dekat bus stop. Tumpang berteduh. Awek taknak pandang bro. Apa kata kawan kau nanti."

Terus pergi bilik pameran kereta. Beli kereta tanpa perlu deposit.

6. "Kau budak lepasan universiti kot. Cuma takde kerja lagi. Menganggur tu biasa la. Takkan nak kerja kedai makan je? Kerja ni budak takde SPM pun boleh buat. Tak malu ke kawan kolej kau nampak nanti. Apa pandangan diorang kat kau nanti."

Terus mintak berhenti kerja. Duduk rumah diam-diam.

7. "Nak sambut birthday awek kau kat taman je? Tak sweet langsung. Baik kau sambut kat Secret Recipi ke, Starbucks ke. Barulah ada kelas. Tak malu sikit nak up gambar kat IG. Nanti apa kawan-kawan awek kau kata. Kau jugak yang malu."

Terus telefon mak ayah. Minta duit lebih. Bagi alasan nak beli buku pelajaran. Sedih mak dengan ayah kalau diorang tahu perkara yang sebenar.

********

Situasi sebegini amat menyedihkan kerana kewangan sendiri menjadi terabai tanpa perancangan. Disebabkan ingin sangat mengikut trend, dan buah mulut netizan, anda sanggup berhutang walaupun bergaya.

Jadilah Insan Yang Bijak Merancang Kewangan Sendiri!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 490,761 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen