Bagaimana Anak Muda Mahu Mulakan Pelaburan? Jom Ikuti Perkongsian Ini.

 

 Zaman sekarang dimana, anak muda perlu fokus untuk menjana pendapatan kerana kos sara hidup yang semakin meningkat. Bukan berwawasan untuk menghabiskan duit sebab nak ikut trend sahaja. Jika tidak berfikiran matang, dan tidak berfikiran untuk jangka masa yang lama, pasti duit dalam akaun bank habis begitu sahaja.

Jika tidak mendidik diri dari awal ketika masih bujang, khuatir setelah berkahwin nanti semuanya lebur, nanti nak bagi isteri dan anak-anak makan apa? Oleh sebab itu pentingnya pelaburan kerana ia menjamin masa depan. Insya Allah.

Jom lihat penjelasan dari saudara Amir Syahir ini…

********

Ramai juga newbies tanya saya macam mana nak mulakan perlaburan. Apa jenis pelaburan yang terbaik untuk mereka.

Dalam dunia pelaburan, secara asasnya korang kena berpandukan dengan kaedah S.M.A.R.T:

Apa itu S.M.A.R.T? Jom baca;

S (SPECIFIC) - Kau kena lebih spesifik. Contohnya kau nak beli rumah. Jadi, kau kena lebih spesifik, iaitu kau dah tahu berapa kelayakan rumah yang kau boleh beli, kau dah tahu nak beli rumah lelong, subsale ataupun undercons.

M (MEASURABLE) - Boleh diukur / dikira. Kau tahu kira keuntungan, tahu kira DSR sendiri.

A (ACHIEVEABLE) - Dalam kemampuan kau. Jangan duk impikan nak beli rumah atas tanah tepi KLCC terus. Impian tinggi tapi usaha ke arah itu takde pun tak guna juga.

R (REALISTIC) - Jangan terus nak tanam azam beli 10 buah rumah tahun ni. Set dulu dua atau tiga buah rumah. Takde lah nanti kau stress dan terburu-buru membuat keputusan nanti.

T (TIME BOUND) - Tempoh bila kau nak capai azam tu. Bulan tiga atau bulan tujuh misalnya. Jadi, kau kena set masa bila kau kena capai. Kalau tak set masa, sampai tahun 2020 pun belum tentu capai.

***

Perjalanan jauh bermula dengan langkah pertama. Belajar dan bertindaklah. Belajar daripada kesilapan. Jangan jatuh dekat lubang yang sama. Kalau kau tahu kawan kau tersalah langkah macam tu, kau ikut juga, tu bangang namanya.

Jadi, belajar lagi. Teruskan menuntut ilmu. Berkawan rapatlah dengan orang yang mahir dalam bidang yang kau minat. Cipta ukhuwah sesama sendiri.

Kalau kau masih berfikiran negatif, siang malam duk ber chia chia chia je, silakan. Orang lain dah ada rumah dua tiga buah, ASB RM400K, emas dah berkilo-kilo dah. Kau pulak masih berada di takuk yang sama.

Jangan masuk skim cepat kaya dan MLM haram dah la. Masa dah berlalu baru lah kau menyesal tak mula daripada awal. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

********

Semoga Bermanfaat! 

Image may contain: text

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,710 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen