"Bantu Suami Untuk Mencari Rezeki.." Antara Kerja Business Online Untuk Suri Rumah.

 

Trend terkini, suri rumah rumah juga boleh menjana pendapatan dari rumah sahaja. Bukan sekadar untuk membantu suami mencari rezeki bersama-sama, si isteri juga boleh menguruskan rumah tangga secara sambilan. Tidaklah digelar sebagai isteri yang hanya goyang kaki dirumah sahaja.

Walaupun menguruskan rumah tangga itu seperti tiada henti, tidak berkesudahan, sekurang-kurangnya anda dapat membesarkan anak-anak kecil di depan mata sendiri. Tidaklah terlalu risau jika anda menghantar anak-anak ke nursery, kalau tak pasti jasad di pejabat tetapi jiwa asyik risau tentang anak-anak.

Jadi, bagi si isteri yang mahu menjana income dari rumah, anda boleh mulakan dengan;

1. Menjual barang pre-loved.

Barang-barang pre-loved adalah barang kepunyaan anda sendiri yang telah diguna atau dipakai. Tidak kira sama ada baju, seluar atau beg. Pasti anda seperti tidak tahu bagaimana untuk menjual barang tersebut, kan? Mudah sahaja, mulakan dengan aplikasi Carousell sebagai platform permulaan. Dan dari situ anda boleh terus ke facebook, instagram dan twitter.

Image result for carousell

2. Menjual barangan yang anda jahit sendiri.

Pada zaman sekarang, jarang mahu melihat anak muda teruja untuk memulakan perniagaan dengan pakaian yang dijahit sendiri. Kumpul duit terdahulu untuk membeli mesin jahit, kemudian belajar sedikit demi sedikit melalui tutorial di Youtube. Tetapi lebih baik jika anda mengambil kelas menjahit kerana lebih menjamin masa depan.

Anda boleh mulakan dengan menjahit tudung, jahit tepi, membuat bekas pensil untuk anak-anak, atau menjahit baju bayi atau anak kecil. Kemudian belajar pula untuk menjahit telekung. Di samping dapat menjana pendapatan, anda juga boleh melakukan kebaikan pada orang ramai.

Related image

3. Menjual masakan anda sendiri.

Anda memang suka memasak? Cuba kaedah ini. Zaman sekarang, ramai sahaja dikalangan kita malas nak keluar rumah untuk membeli makanan. Lebih suka apabila ada orang delivery makanan kepada mereka di rumah mahupun di pejabat. Jadi, inilah peluang anda untuk menjana pendapatan walaupun dari rumah.

Gunakan kuasa viral di sosial media untuk meningkatkan penjualan anda.

Di samping itu, anda perlu tahu 9/10 rezeki kita adalah dari berniaga. Jadi, jangan takut untuk mencuba dan jangan terlalu ikut dengan cakap orang luar.

“Boleh laku ke?”

“Ada orang nak beli ke?”

“Tak ada siapa yang jual benda ni, kau pasti ke barang ni boleh pergi jauh?”

Oleh sebab itu, penting juga ilmu untuk membuat business online ini. Anda hanya tahu membuat untung sahaja, tetapi tidak tahu untuk agihkan keuntungan sebagai modal balik dan duit tambahan (untuk kembangkan perniagaan). Kemudian, ramai juga yang berfikir, jual hari ini, esok dah kaya. Esok dapat duit untung terus bershopping sakan.

Selain itu, si suami juga perlulah menyokong isteri untuk lakukan business online ini. Sediakan back up plan seperti dana kecemasan 3 bulan gaji atau saving anda. Isteri bantu suami untuk menjana income, suami jua perlu sokong jika berlaku kecemasan. Itu namanya Give & Take dalam perkahwinan.

Selamat Mencuba Dan Selamat Beramal!

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 406,670 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen