Sempena Cuti Sekolah, Jom Bawa Isteri Dan Anak-Anak Pergi Bercuti Ke 8 Tempat Menarik Ini.

 

Cuti sekolah hampir dekat, jom rancang untuk bercuti bersama keluarga di antara 8 tempat menarik ini…

1. Fantasia Aqua, Kedah.

Image result for fantasia aqua kedah

Di Pahang terdapat Gambang Waterpark manakala di Perak pula Lost World Tambun yang menjadi tumpuan untuk mandi manda bersama keluarga. Satu lagi tarikan terbaru buat orang Kedah iaitu Taman tema air Fantasia Aquapark. Dibuka kepada orang ramai secara rasminya pada 2 November 2017. Satu-satunya taman tema air yang ada di Jitra ni.

2. Taman Rimba Sebangkoi, Sarawak.

Image result for taman rimba sebangkoi

Ianya dikelilingi dengan Flora dan Fauna dan sangat sesuai dijadikan tempat untuk menenangkan fikiran dan melarikan diri daripada tugasan harian dan kesesakan bandar. Terdapat pelbagai jenis spesies tumbuh-tumbuhan yang tumbuh sana termasuk hidupan liar seperti serangga-serangga kecil dan juga beberapa hidupan liar. Terdapat sebuah jambatan dibini di tinggkat atas bahagian air terjun tersebut yang strategik untuk menjadi tempat mengambil gambar berlatarkan pemandangan pokok-pokok yang menghijau.

3. Chalet Sungai Bil Cool Spring, Perak.

Image result for Chalet Sungai Bil Cool Spring

Tempat percutian yang kami maksudkan ialah Tampak Perkhemahan di Chalet Sungai Bil Cool Spring, Tanjung Malim, Perak. Ya, mesti ramai terkejut bukan yang Perak mempunyai tempat menarik untuk kita lawati seperti ini. Chalet sungai bil adalah satu tempat peranginan di Tanjong Malim. Merupakan tempat yang memberi ketenangan dan suasana damai seperti di perkampungan orang asli.

4. Penang Escape Theme Park.

Related image

Dengar nama sahaja pun dah menarik bukan? Sebenarnya admin rasa pasti ramai yang belum pernah sampai ke Penang Escape Theme Park ini betul tak? Jadi kali ini jom sama-sama kita terjah tempat menarik di Pulau Pinang kali ini yang pastinya sangat mengujakan terutama untuk mereka yang gemarkan aktiviti fizikal yang mencabar! Tidak kira peringkat umur, tempat ini sangat sesuai untuk anda semua. Sebelum pergi jauh, jom kita selongkar dahulu pengenalan tentang Penang Escape Theme Park ini.

5. The Dusun, Negeri Sembilan.

Related image

Secara umumnya, the Dusun  ialah Guesthouse yang diperbuat daripada kayu dengan rekaan moden & tradisional yang memberikan sentuhan yang unik dan semulajadi. The Dusun Negeri Sembilan juga mempunyai pemandangan hutan hujan tropika yang cukup indah dan menenangkan yang ibaratnya yang belum  pernah diterokai oleh manusia.

The Dusun sangat menjaga privacy tetamu, iaitu dengan mengehadkan jumlah tetamu pada sekali kemasukan demi ‘menjaga’ suasana hutan yang sunyi dan tenang di samping juga memberikan ketenangan kepada tetamu lain yang datang demi menikmati ketenangan alam semulajadi ini. Kerana tak semua tetamu suka bising-bising. Oleh sebab itu, untuk the Dusun, anda perlulah menempah atau “booking” secara online dan bukannya walk-in supaya ketika anda datang akan ada kekosongan untuk anda.

6. The Pirate Adventure Melaka.

Image result for the pirate adventure melaka

The Pirate Adventure ini adalah ilham daripada Nuevo Attraction & Destination Sdn. Bhd yang ingin menyediakan indoor attraction yang menggunakan 5 element dalam hidup kita. Anda sebagai pengunjung berpeluang untuk merasakan bagaimana menjadi lanun untuk selama 1 hari, anda akan mencari arah di Lautan Selat Melaka sebelum sampai di hutan belantara untuk mencari harta karun yang tersembunyi. Dengan peredaran teknologi dan kecanggihan teknologi masa kini, anda memang akan dapat merasai sendiri kegerunan ribut dan ombak di lautan luas.

7. Taman Tema Lost World of Tambun.

Related image

Taman Tema Lost World of Tambun merupakan salah satu taman tema terawal di Malaysia dan merupakan taman teman yang sangat hebat kerana lengkap dengan pengalaman mandi manda yang hebat, pelbagai permainan yang mengkagumkan, melawat zoo melihat binatang, dan sehinggalah pengalaman spa dan kolam air panas hingga ke malam hari.

8. Paragliding Kota Putera Park.

Related image

Paragliding ataupun Luncur Udara adalah satu cara yang paling mudah serta paling popular bagi manusia untuk melakukan penerbangan dengan menggunakan Payung Luncur dan dilancarkan menggunakan kaki. Ianya merupakan evolusi pesawat canggih yang senang dibawa, diterbangkan dan mendarat dimana-mana sahaja yang sesuai.

Selamat Bercuti!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,499 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen