5 Cara Untuk Meraikan Sahabat Baik Anda Yang Bakal Menjadi Pengantin Kelak.

 

Golongan wanita adalah individu yang mudah teruja apabila terjadinya sesuatu yang menarik pada sahabat baiknya sendiri. Terutamanya apabila mendapat berita dimana sahabat baiknya akan menamatkan zaman bujang. Pasti dalam minda mereka sudah merancang pelbagai aktiviti ingin dilakukan bersama sebelum sahabatnya itu berumah tangga.

“Nanti kau dah kahwin, aku tak boleh datang rumah nak sleep over and bergossip..”

Situasi sebegini pasti mengubat rindu apabila masing-masing sudah sibuk dengan komitmen masing-masing. Malah untuk menghubungi sahabat baik pun sukar kerana kekangan masa, dan ahli keluarga perlulah diutamakan, bukan lagi sahabat.

Jadi, sebelum sahabat baik anda bergelar Isteri, jom lakukan antara aktiviti di bawah…

Berikut adalah idea-idea yang anda boleh pertimbangkan untuk aktiviti tersebut.

1. Afternoon Tea.

Image result for afternoon tea

Pakai baju cantik, make up dan apa apa yang buat anda rasa selesa dan elegan. Ada banyak hotel atau kafe yang menyediakan servis Afternoon Tea ini. Bersembanglah sambal makan scones dan pastry. Harga mungkin agak mahal (RM60 untuk satu set, bergantung kepada lokasi) namun, ianya amat berbaloi. Suasana dan persekitaran selesa, intim dan ekslusif untuk sesi beramah mesra ini.

2. Bercuti.

Rancang percutian untuk bawa bakal pengantin relaks sebentar daripada kesibukan dan kekalutan merancang perkahwinan. Tak perlu jauh dan tak semestinya di luar negara. Apa yang penting, anda semua dapat meluangkan masa berkualiti bersama. Anda boleh pergi ke pantai, kawasan hutan atau juga membuat pengembaraan makanan.

3. Doa Selamat.

Anda boleh meraikan bakal pengantin dengan mengadakan majlis doa selamat untuknya. Bakal pengantin pastinya akan menghargai pendekatan anda. Suci dan bermakna. Anda boleh lakukan di rumah bakal pengantin atau rumah pengapit sahaja.

4. Sesi Spa.

Apa kata anda semua pergi memanjakan diri bersama? Pergi untuk sesi rawatan tangan, kaki dan muka. Sesi urutan juga jika anda mahu sambil meraikan bakal pengantin dan mengenali satu sama lain. Seronoknya.

5. Sleepover.

Tanggalkan semua make up anda, bawa baju tidur, bantal, buat pesanan pizza atau apa apa makanan kegemaran anda. Bersantai di rumah sendiri beramai ramai lebih selesa dan anda boleh lebih relaks. Selain berbual dan bermain 'games', and juga boleh membuat movie marathon.

Memori dan kenangan manis ini pasti akan terpahat selamanya di dalam hati. Tanpa sahabat baik, anda pasti akan keseorangan dan terkapai-kapai dalam membina memori yang indah.

Selamat Mencuba Dan Selamat Pengantin Baru!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 487,909 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen