“Cara Mengurus Kewangan Yang Buruk Antara Faktor Menyebabkan Berlakunya Perceraian.” - Dr. Zaharuddin Abd Rahman –

 

Pengurusan kewangan dalam rumah tangga amat penting, bukan sahaja untuk masa sekarang, malah untuk masa hadapan juga. Perancangan ekonomi dalam keluarga adalah asas untuk belajar dalam kursus perkahwinan, bagi mereka yang mahu berumah tangga. Pengetahuan mengenai perkara ini perlu ditekankan dengan lebih mendalam supaya tidak timbul masalah dikemudian hari.

********

Katanya lagi;

“Untuk pasangan Muslim, penerangan mengenai punca pendapatan yang halal perlu difahami terutama oleh suami supaya rezeki yang diperoleh mempunyai keberkatan,”

Selain daripada itu, beliau juga berkata;

“Pasangan yang baru berkahwin juga perlu melengkapkan diri dengan pengurusan hutang kerana cara mengurus kewangan yang buruk antara faktor menyebabkan berlakunya perceraian…”

“Sebab itu perlunya ilmu pengurusan kewangan ditekankan dalam kursus perkahwinan kerana tabiat orang kita yang tidak gemar menghadiri taklimat atau mendalami ilmu ekonomi, jadi dari ilmu yang diajar itu boleh melengkapkan pasangan berkenaan sebelum menempuh alam perkahwinan,” katanya ketika diminta mengulas cadangan agar pengurusan kewangan turut dimuatkan sebagai modul dalam kursus perkahwinan.

Perkara ini dipersetujui oleh Dr. Baayah Baba (Pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM)) dimana pengurusan kewangan dalam kursus perkahwinan perlu ditambah baik untuk memberi kefahaman kepada generasi muda mengenai cara mengurus ekonomi rumah tangga.


“Pasangan yang bakal berkahwin perlu berterus terang dengan pasangan mengenai segala tanggunggan termasuk bebanan hutang individu.

Kena selidik juga kemampuan kewangan pasangan kerana akan timbul masalah selepas kahwin apabila bebanan kewangan lampau boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga,” katanya.

Baayah yang juga penganalisis ekonomi berkata, kursus perkahwinan perlu menekankan persoalan kewangan keluarga kerana cabaran ekonomi yang tidak menentu sedang melanda negara.

“Nasihat saya, kalau hendak berkahwin ukurlah baju di badan sendiri dan mengikut kemampuan kewangan, jangan hanya mahu dilihat megah tetapi akhirnya terpalit dengan hutang selepas bernikah,” katanya.

“Buat majlis yang sederhana, elakkan berhutang semata-mata untuk berkahwin dan fikirkan juga perancangan kewangan untuk perbelanjaan selepas majlis perkahwinan,” katanya.

********

Oleh itu, setiap pasangan yang ingin berumah tangga, mahupun di awal fasa perkahwinan perlulah;

  • Tidak saling menyalahkan saat terjadi kekangan ekonomi.
  • Menjauhi perbuatan haram dan tercela dalam mencukupi mencari rezeki.
  • Bersikap hemat dan bergaya hidup sederhana.
  • Menjauhi gaya hidup glamour.
  • Suami isteri sentiasa berusaha untuk mencari solusi bersama, bukan keseorangan.

“Sungguh, seandainya kalian betawakkal kepada Allah  dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya kalian akan diberi rezeki sebagaimana rezeki burung-burung, mereka berangkat pagi-pagi dalam keadaan lapar, dan pulang  di petang hari dalam keadaan kenyang.” (HR. Imam Ahmad dan Tirmizi)


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 373,821 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen