"Merancang Keluarga Bukan Sekat Rezeki…” – Ikuti Perkongsian Ini-

 

Dalam berumah tangga, semua perkara perlu dirancang dahulu, termasuklah untuk memiliki anak. Bukannya untuk terus tidak mahu menimang cahaya mata setelah berkahwin. Namun, perancangan memiliki anak ini bermaksud untuk memiliki anak lebih dari seorang.

Untuk penjelasan yang lebih lanjut, jom ikuti perkongsian ini…

********

1. Merancang Keluarga #Ilmu Yang Anda Perlu Tahu.

Salah satu ilmu yang lelaki WAJIB ambil tahu bila kawin selain bab nafkah, penjagaan anak dan pengurusan rumahtangga, kena masuk sekali kesihatan reproduktif, ilmu asas fisiologi kehamilan dan penyusuan, dan tambah jugak ilmu perancang keluarga dari sudut sains dan islam. Nak kawin bukannya kena pandai syahadah, baca fatihah dan terer jadi imam je. Ilmu biologi pun penting jugak bang.

2. Merancang Keluarga Perlu #Kerjasama Antara Kedua-Dua Suami Isteri.

Ada kes ibu berisiko tinggi tak nak ambil perancang sebab suami tak bagi, nak rancang sendiri. Tapi pihak suami tak boleh konsisten dan tak mampu beri kerjasama, asyik terbabas dek nak puaskan nafsu sendiri. Yang menanggungnya isteri juga.

Dari mabuk muntah dah macam mayat hidup, letih mengandung dengan segala risiko yang mengancam nyawa, sakit bersalin, cucuk spinal nak operate, kena jahit berlapis-lapis, pastu baby meragam dalam pantang, lelah menyusu lagi.

Tu belum masuk nak mengasuh anak-anak kecik lain yang juga dahagakan perhatian. Tak mustahil, ni boleh jadi punca isteri gila meroyan dan murung lepas bersalin (Postpartum Depression). Parenthood itu pengalaman indah, tapi ianya tidak mudah. Satu perjalanan yang memerlukan kekuatan fizikal, mental, emosi dan rohani yang kuat. Support suami juga sangat penting. Biarlah setiap kandungan itu benar-benar planned and wanted pregnancy.


3. Merancang Keluarga Bukan Bererti #Menyekat Rezeki.

Tolong perbetulkan konsep ni. Yes betul, anak itu rezeki. Tapi merancang dan menjarakkan kehamilan tak bermaksud TOLAK REZEKI Allah.

Rezeki perlu kita urus sebaiknya. Macam duit, duit pun rezeki. Tapi kita boleh plan berapa RM nak sedekah, berapa RM nak bagi kat isteri, mak ayah, berapa RM nak masuk simpanan sendiri dan anak-anak, etc etc.

Bukannya dapat duit habis berjoli sebab 'duit kan rezeki'. Sama juga, merancang dan menjarakkan kehamilan ni satu kaedah mengurus rezeki yang Allah bagi. Anak-anak memang rezeki, tetapi anak-anak pun amanah.

Pendidikan, kesihatan, makan minum, didikan agama, semua tu nanti Allah akan persoal kat akhirat. Jangan lupa juga, kesihatan diri pun amanah. Sebaiknya ukurlah kesihatan, kemampuan, kesediaan diri sebelum mengandung lagi.

4. Merancang Keluarga Bukan #Membunuh.

Lagi satu, ada juga yang takut berdosa sebab anggap kaedah perancang keluarga ibarat membunuh janin. Tidak tuan-tuan dan puan-puan. Merancang ni kita mengelakkan persenyawaan dan mencegah kehamilan, bukannya menggugurkan kandungan. Janin tak terbentuk pun lagi, jadi tak timbul isu membunuh di sini.

5. Merancang Keluarga Tidak Bertentangan Dengan #Islam.

Kalau kesihatan isteri dah terjejas lepas bersalin, Islam tak larang family planning. Bahkan dalam kes berisiko tinggi, kaedah perancang keluarga sangat dituntut kalau kehamilan tu boleh mengancam nyawa si ibu.

Kehamilan, bersalin, berpantang dan menyusukan anak bukan hal kecik. Allah sendiri mengiktiraf pengorbanan wanita dalam beberapa tempat dalam Al-Quran. Kesusahan atas kesusahan, wahnan 'ala wahnin. Itu yang wanita alami.

Ada satu pasangan, baru kawin lebih kurang 7 tahun, isteri dah megandung anak ke5. Masa nak guna perancang, ramai suami 'islamik' yang bagi bermacam dalil untuk melarang. Ada yang anggap ia menolak rezeki dan sebagainya.

Masa pasangan ni dah hamil anak ke5 dalam keadaan jarak anak-anak ~setahun sorang, tiba-tiba suami 'islamik' tadi mula mencari-cari dalil untuk 'menghalalkan' induced abortion (mereka nak gugurkan kandungan) atas alasan tak bersedia dan menjejaskan kesihatan isteri.

Wahai suami, dari awal lagi islam tak melarang kaedah perancang keluarga. Hukum amnya adalah harus.

Berbincanglah dan decide sama-sama. Boleh bincang dengan doktor jika ragu.

Suami janganlah begitu bangga zuriat berderet, 'hebat aku dapat ramaikan umat Nabi' tapi tetiba lepas tu semua urusan anak-anak pas kat isteri 100%. Eh? Takutlah pada Allah.

Semua amanah ni akan ditanya satu persatu kat akhirat sana. Sekadar sharing dan pendapat peribadi dari sudut pandang seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu dan seorang doktor. Nasihat terutama untuk diri sendiri.

********

Semoga Bermanfaat!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 466,027 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen