“Pasangan Suami Isteri Jangan Lakukan Kesilapan Ketika Anak Sakit…” Perkongsian Dari Wanita Ini.

 

Perkara yang amat ditakuti ketika menjadi seorang ibu adalah apabila anaknya sendiri sakit. Pasti hidup seorang ibu menjadi tidak tentu arah. Jika sedang kerja di pejabat, pasti fikirannya melayang kepada anaknya sahaja. Namun, terlalu banyak kerja untuk dilaksanakan.

Seperti perkongsian dari Farhanah Ibrahim ini, beliau menceritakan saat anaknya sakit, dan cuba memberi pengajaran kepada dirinya sendiri mahupun pada ibu bapa d luar sana…

********

Dulu, masa kak hana still keja gomen, ada satu peristiwa yang kak hana masih ingat sampai saat ni.

Satu masa tu, anak-anak demam berjemaah. Iffah 37.7 je, tapi irfan dan irsyad konsisten sampai 39 dan lebih 40 degree. Melepek dan lembik je. Irsyad hanya nak breastfeed, makan takda selera.

Tapi disebabkan kak hana ni seorang yang sangat berdedikasi lagi berwibawa, kakhana memang akan fikirkan colleague lain. Nanti kalau aku EL, tak cukup MO, patient kena tunggu lagi lama, kesian depa, etc etc.

Memula ingatkan lepas 3 hari, demam anak-anak akan reda, tapi kakhana silap. Hari ke5 masih tinggi. Dapat pulak pakej selsema batuk bagai. Satu minggu tu, malam-malam pun anak-anak batuk teruk. Perlukan gas MDI salbutamol malam dan pagi.

Banyak malam kami anak beranak tak tido lena.

Seingat kak hana, 4 hari kak hana datang lewat ke klinik, antara 8.02am – 8.07am. Punch card memang merah. Tapi walaupun lambat dan muka macam zombie sebab seminggu tak rehat, kakhana still usaha jugak untuk datang keja. Kalau boleh taknak ambik EL dan menyusahkan orang lain walaupun anak-anak kat rumah lebih perlukan umminya. Sob sob.

Kak hana memang dah plan nak bawak anak-anak ke klinik ambik darah, takutlah denggi ke apa, tapi asyik tak sempat je.

Dr tak cukup la, patient terlalu ramai la, macam-macam halangan.

Jumaat last day minggu tu, kakhana accident. Disebabkan banyak hari tak tido lena, kakhana jadi macam mental block. Dah nampak tembok besar depan mata, tapi kakhana jadi BLUR tak tau nak tekan pedal brek macamana. Dan akhirnya kakhana dan pakcik Serena gedegang bercium dengan tembok besar.

Ya Allah. Rupanya mental block ni memang betul-betul wujud ek? Cemana agaknya kakhana boleh lupa pedal brek yang mana? Padahal setiap hari bawak keta yang sama gi keja kot!

Dah accident pun, PEGI JUGAK KEJA!!! Dengan keta kemek tu pegi jugak klinik. BAGUS TAK KAK HANA NI!!!???

Tolonglah cakap BAGUS! Hahahaha

Untung tau sape dapat ai jadi pekerja, memang sejenis tak bagi alasan! Accident pun tak EL. Sebab tu jugaklah kakhana memang susah skit nak bagi MC kat orang yang sakit-sakit manjalitis ni.

Ok sambung cerita. Akhirnya, weekend baru kami dapat bawak anak-anak ke hospital.

Rupanya, masa tu irsyad dah sangat teruk.

Nafas dia laju, dada dia berombak. Berat turun banyakkk. Nangis pun tak keluar air mata sangat. Suara sayup-sayup je dengar masa pasang jarum. Oksigen dalam badan dah tak cukup, SPO2 tinggal 89-91%. Paru-paru penuh dengan creps dan ronchi. Tanda saluran pernafasan dah collapse dan sempit.

X-ray sebelah kanan dah putih (sepatutnya paru-paru yang sihat warna hitam kalau xray)

Ya Allah…

Bayangkan apa perasaan kakhana sebagai seorang ibu, seorang DOKTOR! Rasa macam LOSER sangat masa tu.  Kera di hutan disusukan... tapi… tak sanggup nak sambung. Kakhana rujuk anak orang lain masuk spital, anak sendiri kakhana tak assess betul-betul!

Memang tak boleh dimaafkan langsung! Kalau apa-apa jadi kat irsyad, kakhana tak boleh maafkan diri sendiri...Ya Allah, nauzhubillah, nauzhubillah, nauzhubillah. Alhamdulillah Allah izinkan kami dapatkan rawatan just in the nick of time!

********

So kak hana just nak cakap something, sebagai pengajaran kat diri sendiri.

UTAMAKAN YANG UTAMA.

Memang kita nak jadi pekerja cemerlang terbilang gemilang. Memang kita nak jadi colleague yang baik, taknak susahkan orang lain kat tempat kerja. Tapi, sedarlah.

Kalau apa-apa jadi kat anak kita, takde siapa akan bertanggungjawab melainkan diri kita sendiri.

Wang ringgit, pangkat dan kerjaya takkan dapat ganti anak-anak.

ALERT PADA TANDA AMARAN

Kalau anak-anak batuk selsema sikit-sikit, demam sikit-sikit, masih aktif, makan minum bagus, maybe boleh harap kat pengasuh bergantung pada keadaan. Tapi ibu ayah wajib pantau WARNING SIGNS pada anak-anak. Apa yang kakhana maksudkan dengan tanda-tanda amaran ni?

  • Langsung takmau makan minum.
  • Demam terlalu tinggi dan tak kebah dalam masa 3 hari.
  • Lembik melepek dan tak aktif.
  • Sawan.
  • Kalau batuk selsema, perhatikan pernafasan anak-anak.

Kadang-kadang anak tak pandai cakap diorang ni sesak nafas. So mak ayah please be alert. Tengok video irsyad, tu antara tanda pernafasan anak-anak semakin teruk. Antaranya nafas laju dari biasa, bila bernafas ada lekuk di rusuk dan trakea.

YOU ARE STILL A MOM

Tak kisah ibu-ibu bekerja sebagai doktor, engineer, pensyarah, professor, atau perdana menteri sekalipun. Remember, tugas utama anda masih lagi sebagai seorang IBU.

********

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,812 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen