“Kenapa Hati Dan Perasaan Mudah Sangat Berubah Setelah Berkahwin?”

 

Sering kita mendengar, jika ingin mengenali seseorang kena duduk sebumbung baru tahu hati budinya. Baru tahu jika si dia mempunyai sikap buruk yang tersembunyi, tidur pun berdengkur, yang lebih menyakitkan telinga apabila tidur pun mengkancing gigi. Ketika dan saat inilah setiap individu yang telah berkahwin akan mengenali sikap sebenar pasangannya.

Namun sedemikian, perubahan sikap itu juga telah menyebabkan setiap individu ragu-ragu kembali, adakah benar si dia yang aku sayangi? Cintai? Yang dahulunya mahu hidup bersama? Ini kerana terjadinya perubahan sikap yang perlahan-lahan membuat hati seseorang menjadi tawar.

Ketika bercinta, tagan yang dipegang tidak mahu lepas. Tapi dah kahwin, pasangan ditinggal di belakang pula. Kenapa ini terjadi? Seperti perkongsian dari saudara Amir Syahir ini….

********

Kenapa mudah sangat berubah lepas kahwin? Bila ikatan tu dah halal, segala yang tak elok je kau nampak kat isteri kau. Sebab apa jadi macam tu?

Sebab kau tak pernah bersyukur dan redha dengan apa yang Allah bagi kat kau.

Kau tak lihat diri kau sendiri. Kau rasa kau dah cukup sempurna. Padahal, bukan kacak sangat pun. Tak reti bersyukur bila ada yang sudi terima kau sebagai suami.

Dah ada isteri masih sibuk nak cari lain. Kononnya perempuan yang kau jumpa tu lagi baik dari isteri kau, lagi cantik, pandai bergaya. Apa kau lupa? Dulu isteri kau pun macamtu. Sebab tu kau jatuh cinta dengan dia. Tapi bila dah kahwin, dia sibuk uruskan kau, uruskan anak-anak sampai takde masa untuk diri dia sendiri.

***

Perempuan ni kalau sekali dia sayang, sampai bila-bila dia sayang. Kau hitam ke, kau pendek ke, kau gemuk ke, kau lah suami dia dunia akhirat. Tapi, sekali kau buat dia benci kau, sampai bila-bila dia akan benci kau. Pandang muka kau pun dia tak nak.

Memang hati itu berbolak balik sifatnya. Tetapi, selagi kau bersyukur dengan apa yang kau ada, redha dengan setiap kelebihan dan kekurangan isteri kau, datanglah yang lebih baik pun, kau tak akan tergugat.

Jangan lupa sentiasa berdoa pada Allah supaya sentiasa tetapkan hati kau untuk isteri kau, dan hati isteri kau untuk kau kerana Allah yang memegang setiap hati manusia.

Bila jumpa yang lebih baik nak ke kau, terus kau berubah hati. Tiada manusia yang sempurna. Kelebihan itu disyukuri dan kekurangan itu dilengkapi.

********

Semoga Dijadikan Iktibar!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,116 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen