5 Masakan Mudah Dan Menarik Untuk Pikat Si Suami.

 

Dalam perkahwinan, si lelaki pasti mencari bakal isteri yang pandai dan boleh memasak kerana dari perut mereka lah, terpikat hatinya. Oleh kerana itu, setiap lelaki yang sudah berkahwin akan mengalami perubahan bentuk badan yang drastik kerana memiliki si isteri yang pandai memasak.

Kadang-kala menjadi isteri yang bekerjaya sudah tentu memenatkan. Kerja di pejabat belum lagi habis, perlu menjaga urusan rumah tangga pula. Si suami yang pulang dari kerja pun lapar. Apa kata anda cuba dengan masakan mudah ini dimana dalam kira-kira setengah sudah aroma pasti memenuhi satu rumah.

1. Pizza roti Gardenia.

Setiap rumah pasti mempunyai sebuku roti kerana mudah dimakan. Setiap hari hanya dimakan begitu sahaja, cuba pula dengan cara western iaitu pizza roti gardenia. Bahan asas adalah roti, keju, telur, sos cili atau sos spaghetti, bahan yang dipotong (sosej & bawang). Kemudian roti disapu dengan sos, letakkan bahan yang sudah dipotong, dan letakkan keju di atas bahan tersebut. Kemudian bakar. Done!

2. Creamy Butter Chicken.

Si suami mahu makan makanan yang berlainan pula, cuba creamy butter chicken. Bahan asas adalah ayam, butter, cili merah, cili padi, daun kari dan serbuk kari, susu UHT, gula, garam, tepung gandum, tepung jagung dan telur. Kemudian perap dahulu ayam dengan bahan perapan (garam, gula, serbuk kari, tepung jagung dan telur).

Kemudian masak kuahnya dahulu iaitu tumis cili merah dan api, daun kari dengan butter. Sediakan tepung, susu, garam, gula dikacau dengan sebati dan masuk dalam bahan tumisan. Apabila kuah pekat, masukkan ayam dan kacau sehingga sebati. Done!

3. Ikan masak singgang.

Si suami mahu makan makanan simple tapi pedas dan berkuah. Tomyam? Bukan. Tapi ikan singgang. Bahan asas ialah ikan kesukaan suami, bawang besar, serai, serbuk kunyit, sayur bendi, asam keping, asam jawa, garam dan cili api.

Didihkan air dengan potongan bawang besar, serai dan cili api dahulu. Kemudian masukkan sedikit asam jawa, sayur bendi dan serbuk kunyit. Apabila air menggelegak masukkan ikan, sayur, asam keping dan garam. Done!

4. Daging goreng kalian.

Si suami mahukan satu lauk sahaja kerana mudah dimasak. Cuba daging goreng kalian pula, disamping ada daging, ada juga sayurnya. Bahan asas untuk perapan ialah daging, kicap, tepung jagung, garam dan gula. Untuk kuahnya pula sedikit air, minyak bijan, tepung jagung dan sos tiram. Bahan untuk ditumis, cili hidup, bawang merah, bawang putih, dan garam.

Tumis bahan tumisan dahulu, kemudian masukkan bahan kuahnya tadi. Kacau sehingga sebati dan masukkan bahan perapan bersama sayur kailan yang sudah dicelur. Done!

5. Cucur Ikan Bilis.

Ada satu ketika si suami mahu makan lewat petang, kerana tidak mahu lapar pada waktu malam. Jadi, sediakan cucur ikan bilis yang ringkas tapi kenyang. Bahan asas tepung gandum, ikan bilis, kucai, bawang, cili hidup, sedikit serbuk bikarbonat, gula, garam, serbuk kunyit dan air.

Gaulkan semua bahan terdahulu kecuali air kerana air perlu dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam campuran tepung dan tahap likatnya. Biarkan beberapa minit, kemudian goring adunan tersebut sehingga keemasan. Done!

Selamat Mencuba!

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 461,370 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen